Monday, October 3, 2011

Aku Kuat Kerna Kamu

Walaupun sifatku ini kadang-kadang bosan sehingga boleh membuat aku menangis. tetapi aku cekalkan hati untuk teruskan hidup. Aku ada Dia, Maha Pencipta. Aku ada keluarga, untuk melupakan rindu mendalam padamu si dia. Aku ada Si dia, walau tidak kelihatan rupanya di hadapanku,. Namun, hati tetap berkata kamulah yang aku sayang...tiada penghujungnya.  

Maafkan aku sudah lama tidak menulis. Akan ku pautkan coretan demi coretan demi kamu semua. Sekarang aku lebih fokus. Lebih tenang walau berjauhan. Lebih rindu walau tak kedengaran. Lebih sayang walau bebanan kerja yang mendatang. Aku perlu beri kekuatan demi pengorbanan cinta agung milik Pencipta.

Kepada Si Dia, aku mendoakan yang terbaik untuk kita. Tiada dapat aku rungkaikan dengan penulisan ini, walau pena dakwat semakin kering. Sama-samalah kita berdoa, agar, apa yang diusahakan menjadi kenyataan.

Silih berganti waktu, rinduku padamu semakin menebal. Tidak mungkin ku temui cinta yang lebih agung selepas cinta Ilahi Ya Karim. Tuhan, permudahkan kami, perkuatkanlah kami dengan hubungan yang diberkati.

Terima kasih cinta, kerna kamu, aku di sini. Seluruh hidupku, aku akan cinta kamu sepanjang hayat...


kamulah yang satu...


Wednesday, July 27, 2011

Keinsafan.buat.kita.HambaNYA.

HIDUP KITA CUMA DI DALAM MASA 3 HARI...

1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS :

1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Sama-sama kita fikirkan dan renungkan sejenak..
 
 

Monday, May 30, 2011

Nukilan Buat Abangku....

Buat Abangku Ahmad Safuan Bin Zainuddin,

Aku teringat Zaman kanak-kanak kita tatkala Walid berkhidmat di Perlis sebagai Pegawai tentera. Saat itu, kita berdua masih budak-budak, dan hidupku adalah sangat bergantung sepenuhnya pada kamu abang. Kawan-kawan sepermainanku adalah kawanmu jua, dan permainan kita adalah bersama-sama. Zaman kecil, Ya, aku sangat merindui Zaman kecil kita. Cubaan lari dari rumah pada suatu petang berbekalkan selipar jepun dan sepasang baju yang kita pakai kerana takutkan Walid akan pulang ke rumah dan merotan kita. Time tu, mama dan kakak-kakak kita tiada di rumah. Seingat aku abang, kita ada buat sesuatu yang nakal yang akan menyebabkan kita dimarahi dan dirotan Walid. Aku juga teringat Zaman mercun lalat yang kau baling di tengah-tengah padang Taman Rakyat semasa pulang dari membeli mercun di Kedai Baa, terkena leherku dan luka berdarah. Biasalah, aku memang seorang yang manja memandangkan hampir 7 tahun menjadi anak bongsu. Tatkala itu kamu sudah gabra, gelabah, dan akhirnya dimarahi mama dan walid akibat perbuatan kita yang sangat lalai itu. Lagi, permainan bola sepak menggunakan sabun ketul di dalam bilik air kita tiap kali kita ditugaskan membasuh tandas. Kamu masih ingat abang?? Aku juga tidak boleh lupa bagaimana kamu menjadi seorang abang kepadaku tanpa ku sedari. Ya, terima kasih abang, kerana kita sanggup mengumpul duit raya kita, berjalan kaki ke Alor Semadom dan membelikan sticker untuk hobi kita suatu masa dahulu. Masih ku terngiang di benak hati ini, betapa cantik sticker Dragon Ball Z yang kamu buat untuk semua itu. Dan pada ketika itu juga, aku mula sedar yang minat aku bukannya ke arah seni. Aku lebih skema dan “regimented” seperti Walid. Mindaku lebih kepada sesuatu yang abstrak, dan besar. Seperti Ekonomi. Terima kasih abang, kerana menjaga dan bermain bersama-sama, pergi sekolah SKTU sama-sama, dan main bot Daun dalam longkang depan rumah sama-sama.

Abangku Apan, 

Bermula di sekolah menengah, kita mula membawa haluan masing-masing. Kawan kamu, bukan lagi kawanku kecuali beberapa orang yang masih ku kenal hingga kini. Aku tiada kawan sepertimu di kampung halaman kita, memandangkan kehidupan aku yang lebih awal di kota metropolitan Kuala Lumpur membatasi aku untuk berhubung dengan rakan-rakan sekolah rendahku. Tambahan pula, ketika itu seingat aku hanya Walid seorang yang mempunyai telefon bimbit ARCATEL. Selepas itu bertukar ke Nokia 3210. Tiada kelibat Facebook, Twitter atau pada masa dahulu Friendster.  Betapa bangganya kita dapat main Snake dalam handphone Walid kan? Ya, aku tiba-tiba senyum sendirian. Walau bagaimanapun, tidak pernah aku lupa teguranmu kepadaku supaya membuang sifat bongkak dan sombong aku kerana dapat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh yang kononnya elit dan agak ke hadapan darimu dari semua segi termasuk pelajaran. Terima kasih abang, terima kasih abang tidak terhingga, kerana aku akan ingat nasihatmu sehingga sekarang, kerana walaupun kadang-kadang kita banyak tidak sehaluan, aku yakin segala nasihat dan teguran yang kamu lontarkan untuk memperbaiki diriku adalah ikhlas dan akan kusemat dalam hati ini sebagai adikmu. Abang, banyak juga perbezaaan kita ketika remaja hingga hujung keremajaan kita. Kau kurang bermain dan meminati bola sepak, aku pula peminat sejati atau hantu bola terutamanya Manchester United yang telah menang Liga Inggeris yang ke-19 baru-baru ini, kau bergiat aktif dengan ragbi dan basketball, aku pula terkapai-kapai mencari sukan khusus untukku kecuali olahraga dan futsal.  Aku lebih di”lanyak” dan hidup secara ketenteraan, berkepala botak dan lebih disiplin, sedangkan kau boleh membela rambut panjang ke sekolah, dan bergaya dengan basikal dan melepak bersama rakan menjelang petang. 

Abangku Ahmad Safuan,

Aku salute dengan kecekalan, sifat pantang kalah, tidak mudah mengalah kamu terutama yang melibatkan pelajaran dan akademik. Masih terngiang-ngiang cercaan dan kutukan pihak luar, tapi sepanjang aku bergelar adik kamu, rasa hormat aku kepadamu tetap tinggi. Kamu telah berjaya buktikannya Abang. Tapi aku tahu tanpa usaha, doa dan tawakal, kamu tidak akan berada seperti mana kamu berada sekarang. Kamu telah berjaya mendapat segulung Ijazah Abang. Dan berkemungkinan menyambungkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Aku kagum abang, kerana kamu lebih hebat dariku. Sungguh hebat Kuasa Allah, oleh itu jangan kamu putus berdoa abang, dan jangan lupakan mama dan walid abang, kedua mereka. Seimbangkan rasa kasih sayang terhadap mereka dengan perbuatan dan bukannya percakapan. Aku yakin, kau akan menjadi seorang suami, walid kepada anak-anakmu kelak suatu hari. Insyallah. 

Abang, kamu sudah bergelar suami yang sah kepada cintamu setelah sembilan tahun. Aku tahu, kita pernah berkongsi detik suka duka kita bersama pasangan masing-masing. Bezanya, kamu kekal, sehingga sekarang bersama Kak Zaety, dan aku, masih mencari si Dia sehingga sekarang, Insyallah sudah menemui si Dia yang ku cari selama ini. Tahniah abang, kerana kini kau melangkah ke fasa baru dalam hidupmu bersama isteri kamu dan kakak iparku. 

Abang, maafkan segala keterlanjuran ku, perbuatan, tutur kata ku, sejak dari kecil, hingga sekarang. Kau tetap menjadi abangku yang satu, dan tiada lain. Kepada Kak Zaety, selamat datang ke keluarga Zainuddin & Rohani. Aku, Kakak-kakakku serta dua orang adikku, berserta abang ipar, menerima Kakak dengan tangan terbuka diiringi kegembiraan dan keseronokan yang tidak terhingga. Cuma, harapan aku kalian janganlah tersinggung atau terasa hati jika   Ad-Din atau cara hidup Islam sedang aku praktikkan sekarang ini. Rasa hormatku akan tetap sama, Cuma mungkin melalui pendekatan berbeza. Bukan bermotifkan politik, tetapi kita sebagai hambaNYA, patut berubah ke arah yang lebih baik.

Maafkan abang atas bebelan panjang ini. Tiba-tiba, idea untuk menulis dan membuat satu kelainan muncul dalam benak fikiran ini. Selamat melayari bahtera perkahwinan, menjadi pasangan suami isteri yang bahagia dan diberikan rahmat dan berkat Ilahi, dan selamat Pengantin Baru dari adikmu. Terimalah hadiah bersempena perkahwinan kalian yang tidak seberapa dariku ini. Nanti bolehlah aku merasa masakan kakak ipar yang lebih banyak berasaskan cili padi dalam masakannya. Okey Abang dan Kak Zaety, aku mendoakan kalian berdua berbahagia, dan dipanjangkan jodoh hingga ke Syurga....
       
Dari Adikmu ,

 SELAMAT PENGANTIN BARU SAFUAN & ZAETY

U always be my abang, Bro...

Sunday, May 15, 2011

Musim Ikatan Cinta Abadi – Bulan – Bulan Perkahwinan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adoi, setiap hari dalam bulan ni aku sangat tensen. Asal  buka FB je, mesti ade “event” invitation. Majlis Pertemuan Cinta Abadi la, Pertabalan Raja Sehari la, Majlis Sambut Menantu la, Walimatul – Urus, Ikatan Abadi la, Save the  Date la, Mari Makan Free la, Tak Datang Putus Sahabat la, macam-macam lagi kut….boleh stress aku memikirkan kesemua jemputan-jemputan yang aku terima dari sedara mara, rakan taulan, senior, junior, even ade yang student aku dah kawin, OK???!!!!! Bukan apa, kalau semua dekat-dekat, sorang Shah Alam, sorang Subang Jaya, sorang Bangi ke, boleh tahan la gak. Tapi………korang tengok sendiri la. 

So,next question,Mohammad Yusro bila lagi? Aaaaa….eerrrr…….eeeeemmm…..satu persoalan  yang harus ditanya pada Si Dia. Aku dan si dia kena sediakan jawapan standard ni. Yela, abgku, Ahmad Safuan telah selamat menjadi suami kepada Kak Iparku,  Zaety Azma. Of course, lepas ni, makcik-pakcik aku akan TIDAK malu bertanyakan aku pulak….. Lumrah KEHIDUPAN. Bila umur meningkat dewasa, soalan berkaitan perkahwinan pula akan bermain di benak kita semua. Stress??? Percaya pada Qada & Qadar, serta ketentuanNYA, Insyallah dipermudahkan.  

Ok, aku nak share sikit dengan korang, my Wedding Invitation. Dari Akhir April hingga tengah Bulan Jun. Ok? Confirm korang tergezut punya. Sebab Aku pun tengah pening camna nak poie semua nie…

April
1.             29th & 30th – My Bro & Kak Zaety Nikah & Perkahwinan di Rembau, N.Sembilan Aku jadi pengapit to my Bro. Tak berapa banyak sangat pics time kenduri yang aku sendiri ambil. So, ini sahaja beberapa photos untuk kongsian bersama. Nice one & Selamat pengantin Baru Abang! – Attended.
Time Akad - Congrats Abang..
Pengapit pada hari Sanding - terbaik!

2.            30th – Dahlia Ruslan – member agak baik time di Matrik Kedah. Pernah p beraya rumahnya di Sg. Petani if tak Tahun 2003 kut. Rasa bersalah gak la tak dapat pergi. Weeding di Sg. Petani. Not Attending. 

Mei
3.            1st - Dzofeer & Wardah – My cousin anak Pak Tam . Eldest in Pak Tam @ adik Walid bernikah dan kawin pada tarikh yang sama. Pagi Nikah, Tengahari Sanding.  Wedding di Skudai – Attended.

4.            1st – Erna – staff Jabatan aku ditempatkan sekarang. Dia kahwin dekat je, Dewan Jubli Shah Alam tu. Sama umur aku. So, dia dah, lepas tu ade sorang lagi colleague aku dah bertunang. Tinggal aku dengan Syida je. Sorry Erna, cos Not Attending. 

5.            7th – Mohd Khairilnaim – kawan SKMM. Main futsal sama-sama dulu. Wedding di Dewan Panjara Kajang. Not Attending. 

6.            7th – Hakimi & Pasangan – member sebelah bilik time Matrik Kedah dulu. Diaorg ni dah lama nikah, just baru2 ni buat kenduri. Nak dijadikan cerita juga, isteri si Kimi ni sama batch and course dengan si Dia di salah satu university tertua di tengah2 bandar Petaling Jaya. Sorry bro I can’t make it as well kawan. Wedding di Perlabuhan Klang. Not attending. 

7.            14th – Mohd Hijan Faiz – student time UiTM Merbok Kedah dulu. Bukan student aku rasanya. Just sebab pernah lepak minum sekali if not mistaken.  Dia invite. Wedding di Jln Tembak KL. But since tak kenal pun, I just RSVP Not Attending. 

8.            21st & 22nd – Nabilah Ahmad – dia ni special sikit. Kawan rapat pompuan aku time matrik. Perempuan pertama yang aku tegur dekat kelas A1T3B – kelas Perakaunan. Nabil ni sempoi, ala2 ganas2 tapi tak pun. Anak bongsu tapi muslimah semua ada. So, aku akan pergi hanya ke akad nikah dia dkt Masjid Negeri Shah Alam. Sebab 22hb tu aku xtahu dia punya kenduri dekat Port Klang tu dekat mana. Aku akan beli hadiah dekat dia, since dia ni kira close dengan aku. Kan Nabil kan? Tahniah again Bil & Pasangan, ko memang layak dapat Ustaz. So, Yes, Attending for her solemnization. 

9.            22nd – Wan Muhd Faiq – member KMK @ Matrik Kedah. Even time matrik tak rapat, tapi kitaorg selalu jadi AJKO & fasilitator sama2 for our matriculation. Dan baru-baru ni (tahun lepas, tak baru pun), kitaorg pernah pegi KMK sama2. Banyak gak borak since his studying in UK, London. My dream place to be, haaisssh. Kenduri Kesyukuran bertempat di Kota Bahru. So, memanglah tidak akan pergi. Not Attending.

10.          22nd – Sharmida Alia – colleague UPEN. Seksyen lain. Dia kenduri dekat Dewan Jubli Perak  Shah Alam je. So, pegi la. Sebab my buddy from Fotoenak akan jadi dia punya OP. Attending Sha.

11.          28th – Kenduri Abangku Safuan & Kak Zaety – Kenduri Menyambut Menantu Perempuan Pertama. Bertempat  di Dewan Insaniah A.Setar. Yang ni tak boleh la nak skip. Wajib balik kampung dan pergi. Attending. 
Tahniah Bro & Sis


12.          28th – Badri & Pasangan. Ha, Badd. Kawan Sek. Keb. Taman Uda. Lepas tu slalu gak jumpa dia dekat UiTM Arau time 1st and 2nd sem. Sebab di study tempat yang sama. Dia ni sekali kuartet 4 X100 m time sekolah rendah. Lucky you bro. Tahniah Bad & Pasangan. Insyallah if sempat, mungkin akan p singgah kejap sebelah petangnya. Wedding di Pokok Sena, Kedah. Maybe Attending. 

13.          29th – Elmi – member batch PTD 1/2010. Kenal dia time induction. Dia ni sempoi dan otak gila-gila. Tapi ever since Kursus Asas tu, we never had to chance meeting each others. Even kenduri sebelah pengantin Perempuan hanya di Putrajaya, sadly aku tak dpt nk attend since aku still di Kampung halaman. Tahniah Elmi. All the best ya!! Wedding di Presint 9 Putrajaya – Not Attending.

14.          29/5 – Khairol Azli – Senior Autocrats RMC. Time aku form 3 dia ni form 5. Bravo company. Dia ni sekali dgn aku long distance runner. Dia ni kira Autocrats yang BOLEH BLAH la compared to others yang aku sgt2 ANTI. Congrats bro. I couldn’t make it. Wedding in Slim River Perak – Not Attending.

15.          30/5 – Si Dia’s sister Wedding. Yang ni, aku tak berani nak janji. Sebab if boss aku tak approve cuti, so it’s a BIG NO. Her parents semua ada la tanya, but kami berdua dah bincang dan ada jawapan standard dah. Wedding di KB – Maybe or Maybe Not Attending. L
 
Jun 
Aku rasa sepanjang aku hidup 26 tahun, bulan nilah yang paling banyak wedding invitation yang pernah aku dapat. Tak caya, cuba tengok list bawah. 

16.      3rd – Faruza – student aku time dkt UiTM Merbok. Student kawin dulu dari lecturer???? OOMAAAII….. takpa la. maybe husband dia dah steady. Apapun, I wish her all the best. Dan Tahniah. Wedding di Machang, Kelate. Not Attending.

17.          4hb Jun 2011. Ha, tarikh ini memang terrbaiklah ramai sangat kawan/sedara kawin tarikh ni. Tak caya??? Cuba tengok ni. 

            17.1. Dzofeer & Wardah – Cousin aku yang kawin haritu di Skudai. Kenduri Sambut Menantu plak di Pdg Besar, Perlis.
Congrats kazen - Dzofeer & Wardah

17.2. Shahir Anuar – Member Matrik Kedah. Dia ni brilliant student. Patut pun jadi Doktor. Kenduri di Seksyen 11, Shah Alam.

17.3. Yatie & Apit – Apit Dash – kawan baik sekolah rendah, especially time Darjah 6 Tekun. Dia ni kira ok la dengan aku. Even cakap tak mau kalah, tapi aku rasa aku & asrar can take it. Seriously. Kenduri Sebelah Pengantin Perempuan di Pokok Sena, Kedah. 

17.4. Salam Hanim – junior Matrik Kedah. Kenal time orentasi. Salam  best, kenduri sebelah di di Teluk Panglima Garang, Selangor. 

17.5. Afnan – PTD batchmate kenduri di Taman Cempaka Jitra Kedah.

17.6. Fairuz Diyana – Kawan masa belajar time Matrik dulu. Dia ambil Bio skrang. Kenduri di Nilai, Negeri Sembilan.

17.7. Arni Syauqina – Arni ni, susah sikit if tak pergi. Ada beberapa individu yang aku baik di Alor Setaq my home town. Salah sorang dia, Arni ni. Kenal time orientasi junior KMK. Kenduri di Taman Shahab, AS.

17.8 Ezaini - Member kelas time degree UiTM Shah Alam dulu. Sama-sama belajar. Not that close. Kenduri di Seberang Perai, Penang. 


18.          5th -  Amat Ariffin & Siti Khadijah – both of them are my close friends back in SKMM @ MCMC. Amat also has been like my 'big' brother there. Even banyak nasihat actually datang dari aku. We helped each other a lot back especially in conducting investigation. Khatty, always has been my gym buddies back then. Congrats to both of you. I’m thrilled with your proposal honoring  me to be Amat’s best man. Insyallah, akan jadi pengapit Amat dan jaga dia buat kali terakhir. Jaga penampilan dia for the last time sebagai Raja Sehari. Lepas ni Katthy – u jaga dia plak ok? Kenduri di Dewan Wisma Sejarah, Jln Tun Razak, KL. 
Pre-Wedding Amat & Khatt - congrats guys!!


19.          5th – Mahzan – Senior PTD. Suk Selangor. Same building. Dia ade invite thru FB. Kenduri dekat Puchong.  Not Attending.

20.          5th – Aizuddin & Munirah. Haish, sahabat ini yang buat aku serba salah. Aizuddin, my C-Coy squad, and even the first in my squad to be getting married. Aku memang sangat2 rasa berat hati cos xdapat nak attend. Bersalah pun ada.  Yela, aku kan jadi pengapit kepada Amat. Maafkan aku ye Tsud. Wife Din, Munirah ni pun, aku kenal. Kawan mase time KMK. Tak la kawan, tapi kenal la dia. Dia matrik Kedah, lepas tu dapat lak sambung degree UUM. Jumpa Din dekat sana. Din, aku minta maaf tak dpt hadir. Big Apologise.... Aku memang nk pegi, tapi aku dah janji awal2 utk Jadi Pengapit. Sorry kawan. I’ll do something else to make up with my absence. Jangan HELL aku udah ler…hihi. Wedding di Kuantan. Not Attending.
Congrats Din. Finally pecah telur squad kita Bujang,. hehe

21.          5th - Ezatul Aidah – long-separated SKTU friend jumpa balik dkat FB. Tau2 dia nk kawin. Tahniah kawan. Moga berbahagia selamanya. Wedding di Raub, Pahang. Not Attending.

22.          5th - Noor Wahida & Azuwan – Mereka berdua ni couple sejak aku masuk belajar degree sama dgn dieorg hingga sekarang dah nak kawin pun. Jodoh mereka panjang, Alhamdulillah. Both of them are my former classmates UiTM Shah Alam, time BESS. Korang dua, maafkan aku tak dpt pegi ya!!! Wedding di Setiawan Perak. Not Attending. 

23.          6th – Apit Dash & Yatie – Kenduri Sambut Menantu bertempat di Taman Muhibbah. Since hari Isnin, sorry Apit, Not Attending.

24.          7th – Zul Helmi – member satu Kuliah, Emi. Dia ni UiTM Shah Alam gak taking accounting. Dia ni kira ok gak la, tapi 7hb is on Tuesday, so camne den nak pegi. Kenduri kesyukuran di Sg. Besar (orang Jawa nie…) . Sorry Helmi, but congrats bro. Not Attending.

25.           9th - Mache (Hafez) - my RMC mate. Kiteorang panggil dia Mache. Sebab, dia asal dari Machang. Dan kenduri dia pun juga di Machang, Kelantan, 9hb???? Hari Khamis Banngg??? Maaf Mache, i couldnt make it. Tahniah brader.

26.          11th and 18th – Abang Faiz – senior Kolej PERINDU UiTM Shah Alam. And lupa, senior PTD. Brother ni slalu gak bagi advise and tips dekat aku time sebelum dapat PTD. AKu sgt2 berterima kasih dekat dia. Congrats Abg Faiz dan pasangan. Dia mintak aku jadi pengapit dia dekat Temerloh belah wife-to-be dia, but aku tak sure lagi, Insyallah… Kenduri di Temerloh & JB – Maybe Attending. 

27.          18th - Lastly, my good fellow PTD mate, Muthu a.k.a Mike. Dia punya reception di Hotel area Ampang sana. Malam dan dress code Fromal if tak salah. Insyallah, akan sampai. Dia ni kira member baik batch PTD aku. Dia akan kahwin dengan Chinese. Senior PTD kiteorg gak. Bro, after this you cannot be notty2 dgn chic2 lain. Only your wife ya! Attending. 

Fuhhh, penatnya. Kesemua sekali invitation – 34 Jemputan Perkahwinan dalam 2 bulan ni..……!!!!!Memang tak salah la, tajuk entry kali ini.  Tahniah in advance kepada semua yang sudi menjemput aku ke Perkahwinan korang. Maaf sekiranya tidak dapat meghadirkan diri. Bukan tidak sengaja, tetapi yalah, dah 34 jemputan, memang tak menang tangan ni jawabnya……

“ When the one man loves the one woman and the one woman loves the one man, the very angels desert heaven and come and sit in that house and sing for joy”
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Monday, April 25, 2011

OBESITI - Badan Cergas, Minda Cerdas

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Hari ini nak berkongsi sikit pasal general concern di kalangan rakyat Malaysia. Perkara yang tidak harus dipandang mudah oleh masyarakat kita dewasa ini.  Korang baca tak recently  in newspapers and news whereby Menteri Kesihatan telah announced that Malaysians among the HIGHEST OBESITY rate in Asean and Asia countries. Shocking is it? Adakah disebabkan nasi lemak, teh tarik, roti canai, murtabak, satay, nasi kandar, mee goreng mamak, Char Koew Tiaw,  Ais Batu Campur, jajan atau cikedies yang menjadi makanan “asas” rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kenaikan ranking negara kita ini? Iksh2....Sepatutnya, jika kita pejam mata dan berfikir sejenak apa yang kita dah makan hari ni sahaja, mesti perut kita akan menyesal dan menangis tak sanggup menelan makanan2 berat ini. 

Nasi lemak AYam - perggh...

Teh tarik

Char koeataw


Aku juga tertarik dengan saranan dan peraturan baru MOH untuk menetapkan dan melarang Nasi Lemak dijual SETIAP HARI di kantin sekolah-sekolah rendah, serta pengharaman penjualan makanan ringan yang TIDAK LANGSUNG berFAEDAH kepada pelajar-pelajar cilik yang bakal menjadi pemimpin masa depan suatu masa nanti di dalam kawasan kompaun  sekolah. Bagi aku personally, aku sangat setuju dengan pendekatan dan peraturan baru tersebut. Memang tiba masanya Kerajaan mengambil serius berhubung pemakanan rakyatnya demi masa hadapan yang lebih cerah. Aku juga tertarik dengan perkongsian ilmu dan pengalaman Kak Efi aku serta anak-anak buah aku Si Emmet & Zulaikha di Jepun, di mana untuk kindergarten di sana, ada ditempatkan seorang dietitian untuk memantau everyday meals for them. Ini adalah untuk mengelakkan segala penyakit2 yang tidak baik akibat pemakanan anak-anak ini pada usia muda. Mungkin, sudah tiba masanya Kerajaan kita betul2 pandang ke Timur dan mempraktikkan apa yang dibuat Negara Matahari Terbit ini. Benda baik, harus diikut.

Ok, sekarang aku nak kongsi dengan korang, beberapa tips, dan maklumat camna aku nak ensure a healthy living. These tips saja ja aku nak kongsi, maybe its practicable, or maybe not, but if this can help most of you, I would be happy to share this thought. Since umor pun meningkat naik, so kena la health conscious sikit. Tak salah kan?


1. Pemakanan 

Sejak dahulu sampai laa, aku tidak pernah diet. Tapi, sejak dua menjak ni, aku control pemakanan aku. Meaning, if I had heavy breakfast, I will skip my lunch. For weekdays, memang aku control skit makan. Yela, kerja di pejabat, dengan aircond dlm bilik, byk buat deskjobs je, so possibilities untuk badan NAIK memang tinggi. Tambah, sejak tukar kerja ni, agak BANYAK la makan-makan free lepas meeting. So, i need to restrain  myself. Sorry if aku kadang2 memang sengaja tolak pelawaaan makan FREE lately, bukan tolak rezeki, tapi untuk masa depan aku. Aku tak mahu dicop sebagai muka makan free je memanjang. Plus, aku perhatikan ramai rakan-rakan sebaya aku dah mula looks like ayah anak 3, atau ibu anak 2 even sebenarnya muda trang tang-tang lagi. (No offense ya)). For makan malam, aku memang jarang makan. Selalu minum je, dgn makan roti or biscuits. Nak lagi baik, makan buah. Sekali sekala boleh la dinner.  But for weekend, aku memang jarang nak control2. Bedal serupa ja. Selalu aku takda breakfast sebab bangun lewat. Hihi....If sempat, hari Ahad petang, aku akan pegi swimming untuk buang balik apa yang telah masuk dalam perut aku sepanjang Sabtu n Ahad. Lupa lak, ini bukan untuk kurus, tapi untuk maintain apa yang aku ada sekarang ni. Syukur nikmat yang diberi Ilahi. Love your body guys!
Piramid Makanan - Amalkan ya!

2. Senaman 

Bagi aku, nak seribu daya, tak nak, you'll become fatter. Senang, kan? If korang rasa susah, memang susah la benda tu. Macam aku, if aku paling malas, I'll do sit up, push up, and Tampar lalat ( in military they called it "PT Sepuloh" ) depan TV apartment sewa aku di S.Alam. Buat la, sampai korang rasa nk muntah atau cukup membakar lemak untuk hari itu. Jadual senaman aku senang je, Isnin & Rabu petang - swimming @ uitm, (aku pernah postkan aktiviti aku di sini ) Selasa - lepas kerja Jog @ tasik Sek 7, Malam 8-10 swimming @ pool. Khamis & Jumaat, jogging. Sabtu & Ahad - rest day. Tambah lagi, now setiap pagi, selepas solat Subuh aku akan buat sit up and push up sebelum mandi and pegi kerja. Best kan? Tak perlu modal2 besar untuk menjaga kesihatan dan badan kita yang kita cintai ini. 

Kenangan di gym SKMM with Amat


3. Air Suam & Tempoh Makan Sebelum Bersenam

Air suam adalah senjata utama aku memastikan my body always hydrated and keeps myself fits all the time. Aku akan minum 2 botol air suam 1000ml sepanjang tempoh di office. For sure, lagi banyak minum, lagi kerap la pegi toilet. Takpa, itu bermakna your body dan sistem pencernaan adalah berkeadaan baik. Untuk aktiviti sebelum senaman, seperti yang aku selalu amalkan, jangan makan apa-apa 2 jam sebelum bersenam. I'll stop eating dalam kul 3 lebih camtu. Especially heavy ones. Jangan biasakan makan benda berat2, then pegi bersenam. Sebab akan bertambah la risiko untuk vomit@muntah sebab badan banyak sangat fluids. Lagi satu, mungkin korang akan rasa kurang selesa dengan makanan yang baru sahaja dimakan cos belum hadam lagi sepenuhnya. Chewaah, cakap macam Doctor lak. hihihi....

air suam untuk kesihatan


4. Latar belakang Keluarga Korang (Family History Background

Ini pun penting juga. Sebab, korang kena tahu apa possibilities korang akan jatuh sakit lebih cepat dari normal people akibat pengabaian pemakanan secara sihat. Sebagai contoh, if your family tak kira ibu, ayah, datuk atau nenek, ada Empat Penyakit Berantai iaitu - Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung - kebarangkalian korang mendapat penyakit yang sama ini juga adalah sangat tinggi jika faktor tabiat makanan di kalangan keluarga tidak diubah. Atau mungkin keluarga korang ada kolestrol tinggi due to makan makanan yang berminyak, tidak seimbang sejak sekian lama. Jadi, if korang dapat tahu pasal family korang history  sedikit sebanyak, mungkin korang boleh  cuba hidup dengan lebih sihat untuk mengelakkan perkara-perkara ini. Ini disebabkan penyakit yang aku sebut tadi adalah bersifat keturunan dari datuk ke ayah, ayah ke anak, dan seterusnya. Bukan apa, seperti yang aku cakap awal tadi, sekarang ini sakit akibat makan di kalangan rakyat Malaysia telah menular dan merebak dengan begitu cepat dan tidak boleh di kawal lagi...sabar je lah yer!
Keluarga Bahagia Bebas Penyakit...


5. Jadikan keluarga/rakan atau sesiapa sahaja sebagai role-model untuk anda HIDUP SIHAT!

Macam aku, aku dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang kebanyakannya tidak mengamalkan cara hidup sihat. Maksud aku, dari bentuk fizikal dan pergaulan seharian, kita dah boleh mengagak tahap kesihatan seseorang itu. Macam aku, ada tiga contoh. First, Shahrul Azni @ Yony sahabat aku. Ya, memang blog aku ini banyak sangat berkait rapat dengan sahabat baik aku sorang ni. Dia disahkan ada high cholesterol pada last year masa dia buat medical check up. So, dia ada rasa semacam high-tempered, rasa angin je satu badan, and tak boleh nak control his emotional feelings. But, sejak kahwin ni, Alhamdulillah, aku tgk his happy with Iekin. Rasanya Iekin dah jaga Yony sebaiknya sebagai suaminya. Be good ya bro! Kedua, rakan yang pernah ketika dahulu rapat la, but now dah membawa haluan masing-masing. Mohd Asrar. Kawan baik ini pernah mengalami sesak nafas, jantung tidak stabil, dan macam2 lagi yang aku tak berapa ingat. Dulu kami agak close time dia di S.Alam, but ever since he moved to KL, kami mcm jarang sgt catch up each other. Dia pun aku tengok dah happy dengan kawan-kawan baru dia. Good for him. Tapi dulu time aku kenal dia, dia ni suka minum teh o ais, smbil main game dkt PC, sampai tertido. For me personally, tak baik. Dia kurus, tak nampak pun tanda-tanda akan sakit. Tapi, he has been admitted few times gak la due to his heart problems. Dan yang ketiga,. Bro Radhi. My former boss dkt MCMC dulu. Dia ni aku salute spring. Pada umur 40an pun still maintain his body and fitness. Dia tak la jaga makan sangat. Tapi, I really2 look up on him. Dia ni lebih kurang sama la macam aku, tapi older version. Thanks bro for inspiring me with your healthy  living style. You will still be my idol.. So, kadang-kandang walaupun kita kurus, tak semestinya kita tak boleh sakit. Please spare your time for medical check up OK!

Ini Mohd Asrar - used-to-be close friend.
With Bro Radhi - thanks Idol...


6. Disiplin dan Right Attitude.
 Lastly, of course, Disiplin. Perkara ini, adalah atas  diri masing-masing. Bagi aku, aku bersyukur dimasukkan ke RMC, sebab aku can self-dicipline myself. Aku rasa semua kita kena ada a right attitude in order for us to have a healthier life. Ingatlah kawan-kawan, hidup kita hanya sekali. So, jangan lah selalu ada this mentality of – Aku patut makan apa yang aku suka sebab aku akan hidup sekali sahaja, dan if aku sakit, maknanya aku sakit. NOP ,that is certainly a negative thinking that we as Malaysian should aviod and stop it at all cause. Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Love our body, love our life. Live Healthy ok?
Thanks RMC for making who I am right now, Serve to Lead


p.s: - I love my body, I want to live healthy.

Tuesday, April 19, 2011

P.J.J.

Assalam & Selamat Sejahtera rakan-rakan....

Hari ini, aku ingin bercerita pasal P.J.J. Bukan Pengajian Jarak Jauh yang dipraktikkan oleh segelintir masyarakat bekerjaya yang mahu melanjutkan pelajaran Diploma, Ijazah, Sarjana, atau Ph.D ke Menara Gading. It's a 2 in 1 condition I can say. Bekerja dan belajar. Tetapi, ini adalah apa yang aku dan Si Dia alami bermula Jumaat lepas, 15 April 2011 sehingga God knows when. PJJ. PerCINTAan JARAK JAUH. Ya, kami bercinta tetapi jarak memisahkan kami berdua dari berada dekat, physically. Inilah yang dikatakan dugaanNYA. Cabaran bercinta. Aku pernah mengalami situasi sebegini, tetapi, kali ini, hati dan perasaanku tidak begitu kuat untuk menghadapi  percintaan beribu batu jauhnya dari mata kasar ini. Entah lah, aku rasa jiwa aku kosong tanpa si dia, walaupun baru beberapa hari kami berPJJ. Tetapi hati aku sudah terasa bagai tiga puluh hari. Haiisshhh.....Ya Karim, Engkau kuatkanlah hati kami dalam perhubungan kami ini. Amin Ya Rabba a'lamin...

Tetapi, kali ini aku kena berfikiran waras dan tidak terlalu mengikut emosi yang sangat rindu kapan si dia. Aku kena lebih banyak bertenang, byk berselawat, bertasbih dan berzikir. Kerana jika aku tidak kuat, si dia juga akan turut merasa begitu. Atau lebih teruk dariku. Aku perlu yakinkan si dia bahawa, jika jodoh kita bersama, lautan dalam, gunung berbukit bukau pun akan kami redah demi sebuah CINTA.

Maaf ya jika entri ini agak jiwang dari biasa. Ini adalah kerana aku seperti ingin berbicara tentang kehidupan. Asam garam. Tentang perubahan stages in life. Mungkin ramai rakan-rakan aku atau pembaca2 sekalian  pun alami situasi yang sama. Bercinta dekat di hati, tetapi tidak di mata. Tetapi, aku bersyukur punyai beberapa role model sebagai petunjuk atau guidance untuk aku berdepan situasi yang padaku, agak sukar.....

1. Of course, my bestest buddy - Shahrul Azni@Yony dan Iekin, wife dia. Shahrul sebagai armada Kapal (ship navigator) berpengkalan di Kemamang. So, lepas lebih kurang 3minggu selepas kenduri sebelah Yony, dia terpaksa meninggalkan isteri beliau utk mencari nafkah di tengah2 laut. So, sepanjang mereka berjauhan, sms dan call menjadi teman baik mereka berdua.  Tambah merumitkan lagi, Yony punya shift kerja berbeza. 6 jam kerja, 6 jam rehat. ada jugak la aku tanya both of them, and they said most of the time, sifat SABAR dan JUJUR, PERCAYA kena ada dalam diri mereka yang berjauhan. Supaya segala masalah tidak akan timbul dan dpt diselesaikan hendaknya...amin. Thanks buddy. i pray for both of you cepat dpt anak. Uncle Yus nk bawak men bola. Shikin - jaga shahrul baik2. Thanks for supporting me and si dia. Iekin pun banyak tolong kami hadapi detik-detik sukar. Thanks sis. I owed u. Big time. Pesanan - Kalau Yony ni dok mkn merapu2, belasah ja dia. Love both of u guys..!!

Aku doa korang happy always ya!


2. Siti Nurain Kamarudin. pemilik blog ini merangkap Pembantu aku di office. Dia ni bagus. Even masih muda (22 is consider young perhaps right?)  Dia selalu gak la nasihat aku tentang perkara-perkara yang akan aku tempuhi sepanjang berPJJ. sbb dia dengan En. Tunang dia dah lama berPJJ. Kadang2 mood dia ni meroyan gak la. Betul. Especially time aku cita pasal my weekend outing bersama si dia dekat Ain ni. Baru2 ni dia bagitau aku - "Ha, En. Yus, sekarang apa rasa? Sedap x? Rasa oren tak, sebab cinta jarak jauh???" Perrghhh...aku kena sebijik. Yela, dulu boleh la nk bangga2, skrang ni, aku lak sama dengan dia. Pasangan masing2 jauh nun di Pantai Timur. Tapi takpa, at least ada la somebody nak share masalah yang sama kan? Bagus gak la. So, Ain, keep up your blooming r/ship with En. Tunang. Apa-apa problems saya cari Ain ok, Master Sifu?? hehehe.....

Ain akan jaga saya ye Si Dia....

3. The only my big brother, Abang - Ahmad Safuan Zainuddin. Bersama tunangannya Kak Zeaty. Aku mengikuti perkembangan percintaan mereka saban hari, minggu, sehingga tahun lamannya. Alhamdullillah, jodoh mereka panjang. Tuhan sayangkan perhubungan mereka. Sehingga ke hari ini, masuk tahun ke -Sembilan mereka menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Adat dan lumrah Alam, sebatang jalan akan ada lompang, lubang sana sini. apa yang perlu dibuat, adalah repair those holes and upgrades the road for a better path in future. Same goes to r/ship betul x? Mereka ini aku suka jadikan sebagai contoh tanpa mereka sedari sebelum ini. It's simply because apa yang aku lihat pada mereka, kesabaran adalah SANGAT PENTING. when you are having a long distance r/ship. Even camner pun yang akan terjadi, kesabaran dan kewarasan pemikiran akal perlu ada. Bila kita berfikiran waras, all our problems will be settle calm & nicely. So, since both of them nak memulakan hidup sebagai Suami & Isteri Insyallah pada 29 April 2011 ini, I wishing both of them, congrats and God Bless both of you. Semoga berkekalan hingga akhir hayat...amin. Salute korang for extraordinary 9 years...!!

time ni belum tunang lagi, snapshot..!! hehe.
 

4. Si Dia. Yes, kamu Doktor.Ya, Kamu, kamulah insan selepas ibu bapaku, serta keluargaku yang sentiasa bertahta di hatiku. Yang aku cintai.  Yes, kamulah si dia di hatiku. Terima kasih  kamu - Si dia, kerana kamu aku kuatkan hati, minda, akal dan fikiranku, dan aku semakin banyak bersabar dan berdoa tentang kita, serta sentiasa gembira atas kurniaan Ilahi kamu di sisi. Terima kasih teman hidupku. AKu tahu perjalanan kita masih jauh, masih panjang masa yang bakal kita tempuh berjauhan. Tapi, akan tidak sekali aku jadikan ia sebagai alasan kerenggangan hubungan kita. Memang kami pun ada mendapatkan tips-tips tentang PJJ dari blog-blog serta bacaan lain. Thanks. Memang adanya betul. Yang penting, sifat ikhlas, sabar, jujur, percaya masing-masing, dan berdoa kepadaNYA bahawa hubungan yang dibina berpanjangan hingga selamanya. If semua itu ada, aku rasa tiada yang mustahil. Sentiasa update each other. Call, setiap malam if possible, smses. Kitaorang pun dah plan to meet up setiap 3 bulan sekali. if possible. Perancangan yang Insyallah boleh dilaksanakan. Cant wait for July...Insyallah...

This is us, forever & together...

p/s: missing someone badly rite now.....

Thursday, April 7, 2011

Terima Kasih Tuhan Yang Satu

Terima Kasih Tuhan - Air Asia to Alor Setar,  8:03:20 AM


Ya Rahman,
Aku mengerti, tiada insan sempurna di dunia ini,
Aku fahami, bahawa kekurangan setiap insan di muka bumi Ciptaan Mu,
Aku juga yakini, bahawa Islam ialah satu-satunya penerang hidupku yang serba samar,
Terima Kasih Tuhan....
Atas kurniaanMu yang tidak pernah aku sangsi,
Harus ku bersujud dan berdoa, agar limpahMu bertambah padaku yang serba miskin ini.

Ya Rahim,
Tiada datang selalunya senang, dan jangan lupa susahnya kehidupan,
Tetapi, jika aku beriman padaNYA yang Satu dengan penuh takwa,
Membasahkan lidah-lidahku dengan kalam NYA,
Nescaya aku, kita semua tidak akan rugi & sesal,
Kerna kelak, kita akan menemuiNYA yang SATU juga,
Sujud kalam tanda Syukur anugerahMU Ya Maha Pelindung.

Ya Munzilar Rahmat,
Terima Kasih Tuhan,
Mengurniakan aku peneman hidupku saban & kian hari, 
Pintaku Ya Latif, 
Permudah & kekalkan hubungan kami,
Sentiasalah hindari kami dari Malapetakamu,
Jangan pernah ada sifat dengki, riak dan takbur di hati kami berdua,
Biar perbezaan kami akan mengutuhkan ikatan kami hingga mati,
Kelak padaMU juga Maha Agung,
kami akan dihisab taktakala ditiup Sangkakala Penamat Hari....
Berikan kami Tuhan, KEBAHAGIAAN kedua-dua jasad dan rohani.


Ya Fatihal Barakat,
Berkatilah aku sebagai hambaMU memijak & bekerja di atas ciptaanMu ini,
Sehingga aku tiada lagi nafas dicabut Sang Izroil,
Sehingga aku  tiada lagi kudrat mengadap dunia penuh noda,
Sehingga Mungkar & Nakir dampingi dan hisab amalanku,
Untuk mengadapMu Ya Jabbar..

Amin, Ya Rabba A'lamin...

Nurkilan dari HambaMU,
- MYZ -
4 Jamadil Awal 1432H