Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adoi, setiap hari dalam bulan ni aku sangat tensen. Asal buka FB je, mesti ade “event” invitation. Majlis Pertemuan Cinta Abadi la, Pertabalan Raja Sehari la, Majlis Sambut Menantu la, Walimatul – Urus, Ikatan Abadi la, Save the Date la, Mari Makan Free la, Tak Datang Putus Sahabat la, macam-macam lagi kut….boleh stress aku memikirkan kesemua jemputan-jemputan yang aku terima dari sedara mara, rakan taulan, senior, junior, even ade yang student aku dah kawin, OK???!!!!! Bukan apa, kalau semua dekat-dekat, sorang Shah Alam, sorang Subang Jaya, sorang Bangi ke, boleh tahan la gak. Tapi………korang tengok sendiri la.
So,next question,Mohammad Yusro bila lagi? Aaaaa….eerrrr…….eeeeemmm…..satu persoalan yang harus ditanya pada Si Dia. Aku dan si dia kena sediakan jawapan standard ni. Yela, abgku, Ahmad Safuan telah selamat menjadi suami kepada Kak Iparku, Zaety Azma. Of course, lepas ni, makcik-pakcik aku akan TIDAK malu bertanyakan aku pulak….. Lumrah KEHIDUPAN. Bila umur meningkat dewasa, soalan berkaitan perkahwinan pula akan bermain di benak kita semua. Stress??? Percaya pada Qada & Qadar, serta ketentuanNYA, Insyallah dipermudahkan.
Ok, aku nak share sikit dengan korang, my Wedding Invitation. Dari Akhir April hingga tengah Bulan Jun. Ok? Confirm korang tergezut punya. Sebab Aku pun tengah pening camna nak poie semua nie…
April
1. 29th & 30th – My Bro & Kak Zaety Nikah & Perkahwinan di Rembau, N.Sembilan Aku jadi pengapit to my Bro. Tak berapa banyak sangat pics time kenduri yang aku sendiri ambil. So, ini sahaja beberapa photos untuk kongsian bersama. Nice one & Selamat pengantin Baru Abang! – Attended.
Time Akad - Congrats Abang.. |
Pengapit pada hari Sanding - terbaik! |
2. 30th – Dahlia Ruslan – member agak baik time di Matrik Kedah. Pernah p beraya rumahnya di Sg. Petani if tak Tahun 2003 kut. Rasa bersalah gak la tak dapat pergi. Weeding di Sg. Petani. Not Attending.
Mei
3. 1st - Dzofeer & Wardah – My cousin anak Pak Tam . Eldest in Pak Tam @ adik Walid bernikah dan kawin pada tarikh yang sama. Pagi Nikah, Tengahari Sanding. Wedding di Skudai – Attended.
4. 1st – Erna – staff Jabatan aku ditempatkan sekarang. Dia kahwin dekat je, Dewan Jubli Shah Alam tu. Sama umur aku. So, dia dah, lepas tu ade sorang lagi colleague aku dah bertunang. Tinggal aku dengan Syida je. Sorry Erna, cos Not Attending.
5. 7th – Mohd Khairilnaim – kawan SKMM. Main futsal sama-sama dulu. Wedding di Dewan Panjara Kajang. Not Attending.
6. 7th – Hakimi & Pasangan – member sebelah bilik time Matrik Kedah dulu. Diaorg ni dah lama nikah, just baru2 ni buat kenduri. Nak dijadikan cerita juga, isteri si Kimi ni sama batch and course dengan si Dia di salah satu university tertua di tengah2 bandar Petaling Jaya. Sorry bro I can’t make it as well kawan. Wedding di Perlabuhan Klang. Not attending.
7. 14th – Mohd Hijan Faiz – student time UiTM Merbok Kedah dulu. Bukan student aku rasanya. Just sebab pernah lepak minum sekali if not mistaken. Dia invite. Wedding di Jln Tembak KL. But since tak kenal pun, I just RSVP Not Attending.
8. 21st & 22nd – Nabilah Ahmad – dia ni special sikit. Kawan rapat pompuan aku time matrik. Perempuan pertama yang aku tegur dekat kelas A1T3B – kelas Perakaunan. Nabil ni sempoi, ala2 ganas2 tapi tak pun. Anak bongsu tapi muslimah semua ada. So, aku akan pergi hanya ke akad nikah dia dkt Masjid Negeri Shah Alam. Sebab 22hb tu aku xtahu dia punya kenduri dekat Port Klang tu dekat mana. Aku akan beli hadiah dekat dia, since dia ni kira close dengan aku. Kan Nabil kan? Tahniah again Bil & Pasangan, ko memang layak dapat Ustaz. So, Yes, Attending for her solemnization.
9. 22nd – Wan Muhd Faiq – member KMK @ Matrik Kedah. Even time matrik tak rapat, tapi kitaorg selalu jadi AJKO & fasilitator sama2 for our matriculation. Dan baru-baru ni (tahun lepas, tak baru pun), kitaorg pernah pegi KMK sama2. Banyak gak borak since his studying in UK, London. My dream place to be, haaisssh. Kenduri Kesyukuran bertempat di Kota Bahru. So, memanglah tidak akan pergi. Not Attending.
10. 22nd – Sharmida Alia – colleague UPEN. Seksyen lain. Dia kenduri dekat Dewan Jubli Perak Shah Alam je. So, pegi la. Sebab my buddy from Fotoenak akan jadi dia punya OP. Attending Sha.
11. 28th – Kenduri Abangku Safuan & Kak Zaety – Kenduri Menyambut Menantu Perempuan Pertama. Bertempat di Dewan Insaniah A.Setar. Yang ni tak boleh la nak skip. Wajib balik kampung dan pergi. Attending.
Tahniah Bro & Sis |
12. 28th – Badri & Pasangan. Ha, Badd. Kawan Sek. Keb. Taman Uda. Lepas tu slalu gak jumpa dia dekat UiTM Arau time 1st and 2nd sem. Sebab di study tempat yang sama. Dia ni sekali kuartet 4 X100 m time sekolah rendah. Lucky you bro. Tahniah Bad & Pasangan. Insyallah if sempat, mungkin akan p singgah kejap sebelah petangnya. Wedding di Pokok Sena, Kedah. Maybe Attending.
13. 29th – Elmi – member batch PTD 1/2010. Kenal dia time induction. Dia ni sempoi dan otak gila-gila. Tapi ever since Kursus Asas tu, we never had to chance meeting each others. Even kenduri sebelah pengantin Perempuan hanya di Putrajaya, sadly aku tak dpt nk attend since aku still di Kampung halaman. Tahniah Elmi. All the best ya!! Wedding di Presint 9 Putrajaya – Not Attending.
14. 29/5 – Khairol Azli – Senior Autocrats RMC. Time aku form 3 dia ni form 5. Bravo company. Dia ni sekali dgn aku long distance runner. Dia ni kira Autocrats yang BOLEH BLAH la compared to others yang aku sgt2 ANTI. Congrats bro. I couldn’t make it. Wedding in Slim River Perak – Not Attending.
15. 30/5 – Si Dia’s sister Wedding. Yang ni, aku tak berani nak janji. Sebab if boss aku tak approve cuti, so it’s a BIG NO. Her parents semua ada la tanya, but kami berdua dah bincang dan ada jawapan standard dah. Wedding di KB – Maybe or Maybe Not Attending. L
Jun
Aku rasa sepanjang aku hidup 26 tahun, bulan nilah yang paling banyak wedding invitation yang pernah aku dapat. Tak caya, cuba tengok list bawah.
16. 3rd – Faruza – student aku time dkt UiTM Merbok. Student kawin dulu dari lecturer???? OOMAAAII….. takpa la. maybe husband dia dah steady. Apapun, I wish her all the best. Dan Tahniah. Wedding di Machang, Kelate. Not Attending.
17. 4hb Jun 2011. Ha, tarikh ini memang terrbaiklah ramai sangat kawan/sedara kawin tarikh ni. Tak caya??? Cuba tengok ni.
17.1. Dzofeer & Wardah – Cousin aku yang kawin haritu di Skudai. Kenduri Sambut Menantu plak di Pdg Besar, Perlis.
Congrats kazen - Dzofeer & Wardah |
17.2. Shahir Anuar – Member Matrik Kedah. Dia ni brilliant student. Patut pun jadi Doktor. Kenduri di Seksyen 11, Shah Alam.
17.3. Yatie & Apit – Apit Dash – kawan baik sekolah rendah, especially time Darjah 6 Tekun. Dia ni kira ok la dengan aku. Even cakap tak mau kalah, tapi aku rasa aku & asrar can take it. Seriously. Kenduri Sebelah Pengantin Perempuan di Pokok Sena, Kedah.
17.4. Salam Hanim – junior Matrik Kedah. Kenal time orentasi. Salam best, kenduri sebelah di di Teluk Panglima Garang, Selangor.
17.5. Afnan – PTD batchmate kenduri di Taman Cempaka Jitra Kedah.
17.6. Fairuz Diyana – Kawan masa belajar time Matrik dulu. Dia ambil Bio skrang. Kenduri di Nilai, Negeri Sembilan.
17.7. Arni Syauqina – Arni ni, susah sikit if tak pergi. Ada beberapa individu yang aku baik di Alor Setaq my home town. Salah sorang dia, Arni ni. Kenal time orientasi junior KMK. Kenduri di Taman Shahab, AS.
17.8 Ezaini - Member kelas time degree UiTM Shah Alam dulu. Sama-sama belajar. Not that close. Kenduri di Seberang Perai, Penang.
18. 5th - Amat Ariffin & Siti Khadijah – both of them are my close friends back in SKMM @ MCMC. Amat also has been like my 'big' brother there. Even banyak nasihat actually datang dari aku. We helped each other a lot back especially in conducting investigation. Khatty, always has been my gym buddies back then. Congrats to both of you. I’m thrilled with your proposal honoring me to be Amat’s best man. Insyallah, akan jadi pengapit Amat dan jaga dia buat kali terakhir. Jaga penampilan dia for the last time sebagai Raja Sehari. Lepas ni Katthy – u jaga dia plak ok? Kenduri di Dewan Wisma Sejarah, Jln Tun Razak, KL.
Pre-Wedding Amat & Khatt - congrats guys!! |
19. 5th – Mahzan – Senior PTD. Suk Selangor. Same building. Dia ade invite thru FB. Kenduri dekat Puchong. Not Attending.
20. 5th – Aizuddin & Munirah. Haish, sahabat ini yang buat aku serba salah. Aizuddin, my C-Coy squad, and even the first in my squad to be getting married. Aku memang sangat2 rasa berat hati cos xdapat nak attend. Bersalah pun ada. Yela, aku kan jadi pengapit kepada Amat. Maafkan aku ye Tsud. Wife Din, Munirah ni pun, aku kenal. Kawan mase time KMK. Tak la kawan, tapi kenal la dia. Dia matrik Kedah, lepas tu dapat lak sambung degree UUM. Jumpa Din dekat sana. Din, aku minta maaf tak dpt hadir. Big Apologise.... Aku memang nk pegi, tapi aku dah janji awal2 utk Jadi Pengapit. Sorry kawan. I’ll do something else to make up with my absence. Jangan HELL aku udah ler…hihi. Wedding di Kuantan. Not Attending.
Congrats Din. Finally pecah telur squad kita Bujang,. hehe |
21. 5th - Ezatul Aidah – long-separated SKTU friend jumpa balik dkat FB. Tau2 dia nk kawin. Tahniah kawan. Moga berbahagia selamanya. Wedding di Raub, Pahang. Not Attending.
22. 5th - Noor Wahida & Azuwan – Mereka berdua ni couple sejak aku masuk belajar degree sama dgn dieorg hingga sekarang dah nak kawin pun. Jodoh mereka panjang, Alhamdulillah. Both of them are my former classmates UiTM Shah Alam, time BESS. Korang dua, maafkan aku tak dpt pegi ya!!! Wedding di Setiawan Perak. Not Attending.
23. 6th – Apit Dash & Yatie – Kenduri Sambut Menantu bertempat di Taman Muhibbah. Since hari Isnin, sorry Apit, Not Attending.
24. 7th – Zul Helmi – member satu Kuliah, Emi. Dia ni UiTM Shah Alam gak taking accounting. Dia ni kira ok gak la, tapi 7hb is on Tuesday, so camne den nak pegi. Kenduri kesyukuran di Sg. Besar (orang Jawa nie…) . Sorry Helmi, but congrats bro. Not Attending.
25. 9th - Mache (Hafez) - my RMC mate. Kiteorang panggil dia Mache. Sebab, dia asal dari Machang. Dan kenduri dia pun juga di Machang, Kelantan, 9hb???? Hari Khamis Banngg??? Maaf Mache, i couldnt make it. Tahniah brader.
26. 11th and 18th – Abang Faiz – senior Kolej PERINDU UiTM Shah Alam. And lupa, senior PTD. Brother ni slalu gak bagi advise and tips dekat aku time sebelum dapat PTD. AKu sgt2 berterima kasih dekat dia. Congrats Abg Faiz dan pasangan. Dia mintak aku jadi pengapit dia dekat Temerloh belah wife-to-be dia, but aku tak sure lagi, Insyallah… Kenduri di Temerloh & JB – Maybe Attending.
27. 18th - Lastly, my good fellow PTD mate, Muthu a.k.a Mike. Dia punya reception di Hotel area Ampang sana. Malam dan dress code Fromal if tak salah. Insyallah, akan sampai. Dia ni kira member baik batch PTD aku. Dia akan kahwin dengan Chinese. Senior PTD kiteorg gak. Bro, after this you cannot be notty2 dgn chic2 lain. Only your wife ya! Attending.
Fuhhh, penatnya. Kesemua sekali invitation – 34 Jemputan Perkahwinan dalam 2 bulan ni..……!!!!!Memang tak salah la, tajuk entry kali ini. Tahniah in advance kepada semua yang sudi menjemput aku ke Perkahwinan korang. Maaf sekiranya tidak dapat meghadirkan diri. Bukan tidak sengaja, tetapi yalah, dah 34 jemputan, memang tak menang tangan ni jawabnya……
“ When the one man loves the one woman and the one woman loves the one man, the very angels desert heaven and come and sit in that house and sing for joy”
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
SELAMAT PENGANTIN BARU!!!
5 comments:
Huu....banyaknyer jemputan...kalah YB....hehe...
sy punyer wedding kamu
jugak wajib dtg! hihi ;)
Zanna : hehe. takla, YB lagi2 banyak!!
Ain : Yes Madam. Wajid dtg, if xde aral melintang...
perlu ke mention name ai? cisss.. banyak nya invitation.. hehehee... kena pergi kang u kawin org tanak datang. ayokk..
hehe bru ku sedar namaku ade d sini.hehe..its ok la yus,,da same date ngn ur bro..n musim org wat majlis kawen sana sini..siap mention syida n ain lg ehehe
Post a Comment