Monday, January 31, 2011

Retreat !

Salam Guys,

I just got back from a retreat session in Lumut, Perak. Its really a good gateway since i badly indeed needed a break away from my office to start my new year.  This three days-two nights retreat is a catalyst for me to perform my duties in year 2011. Yet, there's alllloottt i wanted to share with you guys!!

Will promise to upload pics and stories about it in short time.... bear with me guys ok...!!

cube teka sape ni? macam kenal je kan? Yup, that's right. New appointed Dato' SUK Selangor yang baru. YB Dato' Khusrin

Thursday, January 27, 2011

Angin Bayu


Angin Bayu,
Memecah pantai konkrit berdinding bata,
Membelah timbunan kaca dari penghujung awan,
Terasa dingin yang menyinar siang kelam, menggelapkan malam terang,
di sebalik dedaun hijauan sang Tropika batuan simen,
menyegarkan hamba-hambaNYA yang asyik lekanya dunia.

Angin Bayu,
Ku sampaikan rasa rindu dalam hati pada deruan angin pagi ini, 
Untuk kau sampaikan kepada insan kamil & perawan itu,
Yang sedang hadapi pelbagai cabaran, mehnah dan provokasi,
Dalam mengejar cita-citanya yang tinggi menggunung,
Biar kau perit derita sekarang, 
Untuk masa hadapan yang tiada terbilang.

Angin Bayu,
Terima kasih Al - Mukmim,
Menciptakan angin bayu menghembus keamanan,
ke pelusuk seantero, ke setiap cabang dunia,
menzahirkan kedamaian, menciptakan ketenangan, dan menghapus penderitaan,
akan ku hirup angin bayu ini, selagi ku termampu,
Selagi kaki berjalan, selagi dia  untuk aku. 

Nukilan ikhlas,
cikopot_2861
Sayyidul Ayyam
23 Safar 1432 H


Wednesday, January 26, 2011

Memasuki Alam Pekerjaan

Hye peeps,

Kerja? harini nak berkongsi pasal pengalaman kerja aku sejak meninggalkan alam universiti pada April 2007.

1. Julai - November 2007

Alhamdulillah, berkat hasil struggled mase degree di UiTM Arau & Shah Alam, hasilnya result Degree aku boleh dikatakan baik dan memuaskan. Dengan tiga semester Dean List, aku telah dipanggil oleh UiTM Kampus Kedah yang terletak di Merbok (berdekatan Bandar Sg. Petani) atas recommendation by my Ketua Program ketika itu, Cik Hajah Siti Badariah. Thanks Cik Siti. Tiga orang kami, aku, Idham, dan Aida - ex BM230 graduates, telah menjalani saringan di mana kitaorg dikehendaki membuat mock teaching di hadapan Ketua Unit Ekonomi dan Timbalan Pengarah Kampus, Prof. Madya Zubaidah & Dr Mahadir. Ketiga-tiga kami berjaya lulus dengan cemerlang dan bermulalah tugas kami sebagai Tutor atau Pensyarah Sambilan (Tetap) seperti yang ditulis di belakang kad Matrik Pensyarah UiTM aku.
Aku telah diamanatkan untuk mengajar subjek Principles of Micro & Macro economics to 5 classes - Diploma Public Admin (3 classes), Bachelor of  Administrative Science Part 1 - satu kelas dan  Diploma in Accounting Part 2 students - satu kelas. Basically, mengajar prinsip-prinsip asas makro & mikro ekonomi. Tak tahu lah,tapi memang aku suka sgt ekonomi ni. Padahal time SPM amik science stream. Berbalik kepada UiTM. So, having 5 classes in one semester has given me much headache since all of them aged almost same as me. Teenagers. Rebellious. Jiwa Remaja. Sama la time aku muda-muda dulu. cuma, aku tidak ada pengalaman menjadi pelajar Diploma.

Jadi, Aku teruskan jua perjuangan menjadi pensyarah muda ini. pelbagai pengalaman dan pahit manis telah aku alami sepanjang 5 bulan menjadi pendidik. Seronok, fun, challenging, belajar banyak perkara baru. and most important, aku merasa bagaimana nak menanda kertas exam final students. dan memberi carrier marks. Menarik la. Walaupun aku berkebolehan untuk mengajar,  but my passion to be in the education field and become a full time lecturer is not as strong my energetic characters shown while teaching my students . So, alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan Satu Semester di UiTM Merbok, Kedah.Dan alhamdulillah juga, aku telah berjaya mendapat kerja di SKMM @ MCMC bermula 01 Disember 2007.......

Bersama students BAS sempena majlis berbuka puasa. Muda kan lecturer mereka?

2.Disember 2007 - Mac 2010 

Aku telah menerima panggilan telefon dari Suruhanjaya Komunikasi dan Malaysia atau MCMC ( Malaysian Communications dan Multimedia Commission) dalam bulan 8 tahun 2007. Mase tu Reen dari HR Department call dan suruh datang interview di MCMC, Cyberjaya bulan 9 kut if xsalah. Dia cakap MCMC dapat resume aku apply for Assistant Director in any fields related to my course from Jobstreet.com. Baru aku teringt nurulashikin, kawan stdy same2 uitm tu yang tolong antarkan time kitorng habis degree dulu. So, aku pun pegi la. Aku diinterview oleh Pak Halim - my Head of Department. Of course, mase tu aku tak tahu pun Enforcement Department tu ape bende. Takpe la, alhamdulillah, interview went well, dan aku berjaya join SKMM pada 3 Disember 2007 sebagai Assistant Director in Enforcement Department. Wahh, kerja aku ni sangat best. Sort of becoming an investigating officer (IO) untuk kes-les kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM ' 98). Kena jadi lawyer pun ade sebab kena plak baca undang-undang. Nevertheless, aku mempunyai bos yang sangat baik. Abdul Halim Ahamd a.k.a Pak Halim. Dia ni memang terbaaaiiikkk...!!! aku memang salute dan respect him. Bekas ASP Polis Bukit Aman, dengan background law,memang byak la pengalaman dia dicurahkan dekat aku. Thanks Pak Halim. Sekali Lagi.

Kenangan di Pantai Cahaya Bulan - Kota Bahru with Pak Halim

on my last day in SKMM...thanks Pak Halim, thank you everyone.



Sepanjang hampir 2 tahun 3 bulan aku berkhidmat di SKMM, terlalu banyak perkara aku pelajari terutamanya tentang - KERJA. Aku punyai ramai rakan-rakan dan teman dari segenap lapisan umur, bangsa, perwatakan, tua, muda, Dato'2, bosses, driver2, makcik cleaner dan lain-lain. Mereka ini telah banyak mematangkan aku dan mengajar erti kehidupan yang sebenar. Aku juga berkesempatan untuk travel seluruh Malaysia time di SKMM. Ya, alhamdulillah, kesemua 14 negeri dalam Malaysia telah aku jejaki dari Pulau Sipadan di Sabah hinggalah Chuping di Perlis. Memang seronok sangat mendapat teman-teman seperjuangan - fatirah, Syuk, Liza Eno, Amee, Sya, Izami P5 yg sporting, Yuzani, Krol, elly, kiki,Mas, Kak ratna & Nuzul, Kak Noami, Adzahar, rozani, an ramai lagi lah... Dan tak lupa, my bestest buddy there (ade ke ???) Amat Ariffin Samsudin a.k.a si jejaka jalanan. Tak boleh dah pergi gym, solat jemaah & jogging dan travel bersama-sama. Aku doakan korang maintain cute & hensem dan kerja baik2 ya di SKMM. Jom tgk pics2 time dekat sana!

Acafella's SKMM - Live dekat RTM & TV9

Enforcement buddies - friendship never ends
with Devi and Amat - Banjaran Crocker
Menakluk Gunung Kinabalu buat kali kedua bersama rakan SKMM

Kenangan di SKMM akan aku semai dan abadikan di dalam blog ini. sekali lagi, terima kasih semua, yang mengenali diri ini sepanjang di SKMM. The only thing that I dont like about MCMC, is my immediate bos. dia ni mmg spoiler to our department. seriously. Due to that, masuk je tahun ke-2 aku di sana, aku mencari lubang2 pekerjaan baru walaupun keadaan persekitaran dan rakan-rakan sangat best.!! Secara jujur, mmg aku takde respect langsung pada dia. not even myself, but my colleagues as well. ramai la yang ada masalah dengan dia. ini semua disebabkan attitude dia. sgt teruk~!!! even Pak Halim pun tak tahu nak buat ape dah dgn my immediate boss ni. Alhamdulillah, aku telah mendapat kerja baru menjadi pegawai Kerajaan - PTD. 

Hari terakhir di SKMM..

3. April 2010 - sekarang

Pegawai Tadbir dan Diplomatik. PTD. Itulah pekerjaan aku sekarang. atau lebih tepat, pegawai kerajaan. Alhamdullillah, aku berjaya melalui 3 peringkat ujian & temuduga untuk bergelar PTD ini. Secara jujurnya, memang susah interview and test dia. Dan pada mulanya aku tidak yakin bahawa aku akan berjaya masuk kerana berdasarkan pengalaman rakan2, memang susah dan diakui hanya yang bernasib baik dan study akan pass the exam dgn cemerlang. Semua interview dan assessment aku bertempat di Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekali lagi. Sekarang, aku ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri atau UPEN Selangor, bertempat di Shah Alam. Pada mulanya, jawatan PTD aku adalah secara kontrak 2 tahun. Tetapi, alhamdulillah, Dato' Seri KPPA telah dengan murah hati meng'convert' our scheme to lantikan Tetap. So, skrang ini aku kena tunggu pergi Diploma Pentadbiran Awam dulu selama 7 bulan dan jika lulus, baru aku akan disahkan jawatan. Dan boleh bwk keluar KWSP utk beli rumah. hehehe.... byk gak la KWSP. Dan semestinya, boleh la merasa pencen seperti Suhaina my ex-EO.

di sini aku ditempatkan - 1st posting as PTD


Kerja aku betul2 menggunakan kepakaran aku dalam bidang ekonomi. Meaning, apa yang aku belajar back in university life, akan dipraktikkan untuk kerja sekarang. Itu yang menyebabkan aku sangat sukakan kerja aku sekarang. Thank you Allah.

Disini juga, aku didedahkan dengan pelbagai perkara dan tatacara baru yang melibatkan pelbagai pekeliling. macam2. Protokol, cara menulis surat, cara bercakap, seniority, Memo ni, memo tu. Penggunaan email di tempat aku skrang kurang meluas. tak mcam dulu di mcmc.
Rakan2 seperjuangan ptd batch aku adalah seramai lebih kurang 450 pegawai Siri 7 Lantikan 1/2010. Ditempatkan di pelbagai Kementerian, jabatan, agensi dan pejabat setiausaha kerajaan negeri. So, ramai la kawan2 aku di seluruh negeri. Senang la nanti nak deal dgn jabatan kerajaan.

So far, banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari. terlalu banyak yang tidak aku ketahui. so, tidak banyak yang boleh aku ungkapkan buat masa sekarang ini. Insyallah aku ade lagi 32 tahun untuk service dalam Kerajaan ni. Doakan yang terbaik ya! dan if ade tips2 berjaya, please share with me...

Induction PTD batch 1/2010

Seminar Kecemerlangan Modal Insan 2010  


Santai Aidilfitri 2010 - batch aku organize
bersama seniors & batch rmc. race to top shall we?

Love u guys....XOXO

p/s: entry ini memerlukan 2 hari untuk mengarang....

Friday, January 21, 2011

Over The Sea - Seberang Laut

Salam semua,

Seberang laut? over the sea? Best kan if dapat pegi. Dapat melihat negara orang. Living outside your comfort zone for few years...hrrrmm.camne eh rase??..biar aku share sikit la about oversea ni. Ok, aku selalu gak pegi seberang, but..........pegi Padang Besaq la sebab Pak Tam (adik walid) kerja Kastam. so, slalu dulu time kechik2 walid akan bawa kitaorg masuk pekan Padang Besar but sebelah Siam punya sebab nak beli baju dan seluar untuk Hari Raya Aidil Fitri sebab kononnya lagi murah. Yup, aku pun rasa mcm tu gak kut. Murah sikit barang dia berbanding M'sia but the quality dia jgn tanya la. Sekarang ni, masa dah berubah, anak-anak Walid & Mama pun dah besar panjang, so jarang sangat la ke Padang Besar. Pergi pun at least setahun sekali untuk berbuka puasa dekat rumah Pak Tam. lagipun walid dah realize that barang-barang atau baju/seluar dekat sana tak la berkualiti sangat walaupun murah. Better beli barang yang berkualiti dan tahan lama, at the same time, puas hati. Owh, ada lagi. if pergi sana benda wajib beli dari kecik sampai besar panjang ni ialah  - MERCUN & BERAS SIAM..!! No offense ya! 
Kepada yang belum pernah sampai, ini papan tanda dia ya!
Pak Tam & Mak tam - tahun ni kirim mercun ya.... hehehe


Ok, berbalik kepada oversea. sebenarnya, aku memang pernah pegi jauh sikit la yang kena menggunakan pasport. tahun lepas, pegi Krabi Island bersama member2. Itu lah frst time ke luar negara. 
time ni dekat island ape ntah nama dia. tak ingat...

Tahun ni, ada plan gak la nak ke luar negara lagi. Planning nak pegi 1. Phuket; 2. Ho Chi Minh. 3. Japan Yang nombor 3 tu sebab my eldest sister, Kak Efi ade dekat sana dengan family dia. Akhir bulan 3 ni balik for good dah. Insyallah. Boleh la jumpa Abg Long & Kakak Zulaikha yang comel sgt2 nak cubit2. Tak boleh  pegi banyak sangat oversea. sebab tahun ini kena kumpul duit....ehem2...al-maklumlah...(dengan penuh geedikss!!! muhahahaha)

Camna if beraya di Perantauan kan??? ini family kak efi - Japan 2010.

Sebenarnya, aku nak bagitahu korang satu rahsia la. rahsia yang x ramai orang tahu. So lepas ni sesiapa yang follow blog aku ni mesti tahu. Salah satu sebab utama yang aku join PTD is sebab aku nak sambung master dekat London School of Economics & Political Science.Atau lebih dikenali dengan LSE. Memang cita-cita ini dah lama sangat aku pendam. sejak dari graduate tahun 2007 hingga sekarang. aku tidak akan mengalah. Yes, sebab tu la aku nak masuk kerja aku sekarang ni. Memang nak sambung master but tak nak dekat local uni. So, korang doa la yer aku berjaya sambung master dekat sana tajaan JPA... Insyallah if takde aral melintang, lagi 3 tahun boleh la apply...SEMANGAT!!!

Actually pemilihan tajuk ini sebab my parents and Kak Ngah akan pergi ke Japan, holiday dan jumpa Kak Efi, Abang Lan, Emmet hensem & Asya Zulaikha chuummeeell tu. Dieorg pegi 25 Jan sampai 10 Feb if x salah la. So, 25hb ni aku kene hantar mereka ke LCCT pagi jam 10. Sedihnye tak dapat nak pegi sebab - 1. confirm tak dapat cuti lama dari boss (at least 10 hari bekerja); dan yang ke-2.  EO aku kan baru transfer, so possibility aku nak dapat cuti memang tipis sebab there's no one to take up my duty. takkan nak suruh PT aku buat semua kan?? sebab tu lah, dengan tawar hati aku tak dapat join mereka.... haaiissshh!!
comel tak anak buah Pak tih? nanti balik Msia cepat sikit, Pak Tih bawak pegi Alamanda ok syg???


Aku ramai gak kawan & cousin2 yang belajar seberang laut ni. Australia, England, Russia, Mesir, Indonesia, dan Insyallah my cousin Fatin akan ke India - Manipal buat medic.dan kebanyakan yang aku kenal memang  lain sikit dari segi sikap dan penerimaan mereka terhadap perkara2. Berbanding kawan2 yang local uni. mereka lebih matang dan open. maybe sebab mereka dah melihat dunia lebih dari aku tengok Malaysia ni. lagi satu, aku memang salute dan TABIK SPRING dekat mereka ni. bangga dapat kawan & saudara mara yang pandai - pandai dan dapat tajaan untuk sambung belajar sana. Doa2 lah satu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke sana...amin...

p/s: ape2 pun, aku masih respect semua kawan2 aku sama ada yang belajar pondok, sekolah rendah, sekolah menengah, local universiti, politeknik, atau mana-mana sahaja. PEACE NO WAR!
Happy weekend guys!! XOXO


Erti_Sahabat - Work In Progress

Wednesday, January 19, 2011

Tiada Idea...

Hi guys,

Apa kabar semua? hawau you today? hehe... hari ini not so hectic for me. Biasa-biasa sahaja. tetapi still ting tong mengantuk since dah 2 malam tido lewat sebab komitment kerja. Tetapi, kena motivasikan diri mengatakan esok cuti, dan my rest day.

Plan untuk esok.

Pagi
Bangun tido. (cerita bermula selepas bangun solat Subuh dan tido balik)
Gosok gigi. Buka tingkap dekat bilik. tutup kipas. angkat tilam dan semua2 benda yang ada dalam bilik letak bilik sebelah.  Lap kipas. Sapu sawang dalam bilik. Sapu sampah. Mop lantai bilik. sembur Febreeze bagi wangi.Bukak kipas Paling laju dan tunggu lantai kering. Buat laundry - Ingat nak basuh baju kemeja last week. lepas tu nak basuh baju2 n seluar pakai last week. Maybe 2 loads kut. Sidai baju. Lipat baju yang dah dibasuh last week. Sambil baca surat khabar hari ini (20.1.2011) . Buat Milo.

Milo
Tengahari
Mandi. Solat Zohor. Keluar cari makanan. Pergi Tesco nak beli rak kasut. balik rumah. tgk tv. Mengular. If tv bosan bukak laptop tgk cerita. Goreng keropok. Buat teh o. baca buku "At Your Service" sambil makan keropok dan minum air teh o.

Petang
Solat Asar di Surau. Balik siap2 nak pergi jogging di Tasik Sekyen 7. Balik dalam kul 6 lebih. Siap2 nak pegi solat Maghrib + bacaan Yaseen + Isya' di Masjid Negeri.

Malam
solat Maghrib + bacaan Yaseen + Isya' di Masjid Negeri. Sampai rumah tukar baju. Layan tv. If tak best lepak bilik guling2 atas tilam. Cari makanan (megi kut). Masak makanan. makan sambil watch tv. Boring lagi. Blur lagi. hah, bukak lappie dan start karang entry "Erti Sahabat" . . .
Tangan perempuan ok - google


Tidoo...

 Ya Allah , Ya Wahhaab , Ya Razzaaq ,
Panjangkanlah usia kami dalam keadaan iman dan Islam , semoga dapat menyumbang terus idea , buah fikiran dan pandangan yang bernas. 
Dan membolehkan kami sebagai generasi pelapis untuk menghargai, sekali gus mencontohi ketokohan, tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan kegigihan mereka menyumbang ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan "

Jika enty ini memang tidak langsung bermanfaat, tolong ingatkan aku .....

XOXO...

Monday, January 17, 2011

Perginya Sebutir Permata...

Puan Suhaina in the middle, the last day she's in UPEN
Salam all,

This entry is dedicated to Puan Suhaina Soran, my-ex Penolong Pegawai Ekonomi ( EO - Executive Officer) di SMP yang akhirnya, setelah 8 tahun berkhidmat di SMP ni secara krontrak, bermula dengan pembantu tadbir, kemudian dinaikkan pangkat ke EO juga secara kontrak, sekarang ini telah pun berjaya mendapat jawatan sebagai N27 secara tetap di salah satu Lembaga milik Kerajaan Negeri Selangor juga di bangunan yang sama. 

Tahniah yer Sue, even hanya 9 bulan je sempat kita bekerja bersama, byk perkara yang telah yus pelajari dari Sue. especially tang nak tulis surat yang berbunyi Kerajaan. Format, lengguk bahasa kena betul if nak tulis surat Kerajaan ni. Betul tak sue? Datang dari semi- gomen dan tidak pernah menulis surat2 ni menyebabkan aku lembap sikit bab-bab menulis surat. Si Sue ni lagi satu pandai bab-bab edit slides nie, so sebelum ni senang la kerja aku. Perfectionist la boleh cakap bile bab slides. So, since kerja aku pun byk buat slides, serahkan saje pada pakar. Now kena belajar jadi creative nak buat slides2 macro. Caiyok!!!

Alhamdulillah, Sue pun sekarang tengah sarat mengandung anak ke-dua.Baby girl Insyallah.  If xsalah dah 6 bulan kut. Rezeki anak Sue, setelah 8 tahun bergelar 'contract staff', akhirnya Sue akan merasa pencen gak one day Insyallah... 
*tolong namakan Yusrina yer if perempuan*

Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit. Sepanjang 9 bulan ni pernah la kitaorang tak se "gu". Selisihan faham. biasa la. Tak bercakap gak la selama beberapa minggu.  But alhamdulillah, things settled dan tiada lagi conflicts.  Sue ni best, boleh share things la, not only work related, but both personal as well.kiteorang banyak kongsi perkara gak la. she's not only just my officer, but boleh cakap my good friend here. So, mintak Maaf Zahir Batin & Halal makan minum sepanjang perkenalan kita. I wish you yang terbaik yer Sue di sana. Jgn lupekan Yus di sini....sob..sob...

Sekarang since she's not attached to me dah, I need to stand alone for the time being and with the help of Cik Ain - si tunangan Shahir sbg my PT. Insyallah Sue, kiteorg try la to run this Unit if not the best pun, as good as when you were around ok?? Wish me luck yer Sue handling this Unit.  

Ini dia tgh gelak besar sebab kenyang makan...

UPEN Team Building - Port Dickson
“Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan”

Salam Perpisahan,

XOXO

p/s: guys, tolong ingatkan aku _ Erti Sahabat.

Sunday, January 16, 2011

Book Review - Lead By Example (II)


Inilah cover depan buku ilmiah ini...fuh!

Introduction
“Lead By Example – 50 Ways Great Leaders Inspire Results” is written by John Baldoni, an amazing and outstanding author who has years of experience as an executive and consultant in various organizations. This highly inspirational book, which could be described as his long-term research, focuses on principles, experiences, and stories on how true leaders should act and behave. I find that this piece of work is unique in the way that it combined advices, facts, and relate them with real stories. I personally feel that leaders are people who can influence others to follow their leads and decisions. His basic four leadership principles in this book – ‘Set the right example’, ‘Act the Part’, ‘Handle the Tough Stuff’ and ‘Put the First Team’ have cultivated me with his assertions on issues such as managing obstacles, how to be presence, a good delegation of works and building up a leadership characteristics. Communication, confidence, encouragement, and sense of humility are some of the core values that Baldoni stressed upon in this book using simple quotes, excerpt, and thoughts from influential personalities, hence making this book more interesting and different from the others.  Reading this book has sparked me that leadership is something that is earned, and not just simply granted to someone.

Book Review
From my reading, I find that this book conveyed a very clear and strong message to the readers. It requires huge responsibilities in order for someone to become a good leader that can set good example to his employees. First of all, it is very crucial for a leader to have the right characters and attitude. In the ‘Set the Right Example’ chapter, he elaborated interestingly on how I, as a leader, could correct my inner characters by having patience, courage, and being realistic, as well as to balance my ego right. The examples that he gave on how to solve the problems with regards to the inner characters could guide me in my current working environment. Next, a leader needs to learn on how to act in the right way at the right time. I realised that I need to improve myself from time-to-time on the issues of delegating and executing tasks, managing the lower officers’ problems, innovating the workplace, and instilling winning culture within my unit. This book has really opened my mind on how leaders hold such huge responsibilities to handle difficult matters that happen in day-to-day operation. For example, enemies within organization, tension, multiple crises from the top to the bottom, and most interestingly that I find is, handling defeat and to deliver bad news to your subordinates. The examples given by author were clear and practicable in my daily routines as a leader and mid-manager although I felt that his stories are mostly happened in corporate world rather than in the governmental institution.  I also learnt from this book that to make someone a great leader, he should make his team as his first priority, as oppose to his own self. In order to do so, a leader must have the positive elements required, and be influential and successful. I also learnt that good leaders must have the ability to build up the team confidence, sense of humour in the workplace, and show appreciation to the staffs and organization. Althoughthe examples given in this book relate to matters happening in the US, I still feel that this book motivates me to improve myself in order to become a good leader. I would strongly recommend this book to the new and middle managers or to be more specific, to my Administrative and Diplomatic Officer (PTD) new appointed friends, as their guidance to be great leaders in their future undertaking.

Conclusion
The core ingredient of ‘Lead by Example’ is to guide us on how we could be an effective leader, and at the same time being a good manager. Being a manager as taught in this book might not be explicitly helpful for someone who is aiming to become a good leader, but nevertheless, this book explained clearly to us the basic concepts, stories, and facts of what it takes to achieve good leadership. To set the right examples to the employees requires inner changes in our characteristics, to act in a right way as a leader requires us to manage and delegate our tasks accordingly, to solve such crucial problems in our day-to-day operations within the organization or with outsiders requires us to think beyond our normal way of thinking and to be able to come out with alternatives to solve the problems in appropriate manners, and finally, to become an effective and influenced leader, one needs to be a good team player. I strongly recommend this book to those who has the enthusiasm to become a good leader. The explanations, examples, quotes, excerpts and stories were conveyed in a very simple and easily understood manner.

so, amacam? harap korang rasa teruja membaca book review dan sekaligus membaca buku ini. It's really going to polish your leadership skills tak kiralah apa pekerjaan anda sekali pun. 
Happy reading guys!! 

p/s: masih menanti entri - Erti Sahabat...tunggu ya! 

XOXO

Saturday, January 15, 2011

Book Review - Laed By Example

Buzz rakan-rakan,


ok at this time aku masih berjaga dan sedang bertungkus lumus menyiapkan book review aku berjudul "Lead By Example" by John Baldoni. Submit date 17 Jan 2011 sebelum jam 5 petang. Sekarang dah siap, 2 pages consists of Introduction part, Book Review and conclusion. 

Sekarang ini aku tgh menunggu dengan penuh debaran Cik Auditor/ Vetting teacher aku tgkkan report aku dan amend here and there ( banyak kut kene amend - yelah, balajar pun dekat local Uni je, berangan nak tulis hebat2).

Tapi memang best la, sekali merah banyak gile. best la dapat orang yang tak lokek ilmu untuk tolong improve myself dan my wiritng. thanks yerr.......!!!! sgt2!!!

ok dah siap mahu tido esok nk g putrajaya submit book review ni to friend of mine dekat JPA. terima kasih Cik editor kerana bersama-sama bertungkus lumus dalam penghasilan so called- my masa hadapan untuk cepat confirm my post. 

Selamat malam semua.

p/s: insyallah, nanti I share with you macam mana hasil my book review setelah diedit ya. mungkin korang berminat lepas tu ke nak baca buku ni.

Thursday, January 13, 2011

Sayyidul Ayyam - Temani Jiwa Ini

Sayyidul Ayyam,

Detik kalimah Ilahi sentiasa di bibir, 
Tika kurasakan kehebatan Ciptaan Ilahi,
Hampir aku leka dibuai lena yang terlampau,
Tetapi hari ini kurasakan sangat gagah untuk ku tempuh berbanding biasa,
Adakah kerna Jumaat yang Agung, punyai seribu satu kehebatan dari Pencipta?
Nah, memang benar jika aku katakan, hari ini menjanjikan ketenangan,
Menjanjikan keinsafan, memberikan kesyahduan.

Sayyidul Ayyam,

Biar Sang Mentari tidak terang dan bersuluh seperti kala,
namun cahaya Kalam Sucimu Al-Quran menjanjikan ketenangan ini,
Biar selawat dan salam Junjungan Besar S.A.W menyinari samar sepi pagi,
Ya Tuhan,
Kau Maha Pencipta, Pemberi dan Penerima
Aku dambakan hati ini padaMu setiap ketika,
Berikan aku Nur pada Sayyidul Ayyam ini...
Sanubari mewarnai insan kamil bernama manusia ini..


Nukilan hati, 
Mohammad Yusro
Sayyidul Ayyam 
9 Safar 1432Hijrah

Wednesday, January 12, 2011

.......Menjadi Beruang Kutub (Polar Bear) ..........

salam kawan2,

today aku nak sambung dari ape yang diperkatakan semalam. camner eh? setelah dari bulan April 2010 hingga skrang doctor menasihatkan untuk TIDAK BERJOGGING, FUTSAL dan sebagainya........adakah aku akan kegemukan??

so, sejak bulan November lepas hingga sekarang, aku telah ubah profession dari seorang yang suka jog, and playing futsal kepada beruang kutub.

Actually, sejak dari Sciatic nerve aku yang tak berapa baik ni, so aku pun decide la untuk start BERENANG.sebab Doctor dekat Pusrawi tu cakap if swimming boleh. So ape lagi, belajar balik dari www.youtube.com

So, masa mula2 start berenang tu, ada la berenang dalam 100metre, benti 2minit, berenang balik 100metre, pastu stop. makin lama, aku pun tanya la tips2 berjaya swimming dengan lama tanpa henti  dari brader2 "life guard" UiTM tu. so, dapat la few tips. FYI, dulu2 time student (BM230 - Faculty Business Administration graduated 2007) tak pernah pergi pun. ni bila dah kerja baru nak gatal tgn pergi. Dan of course kena la bayar....huhuhu....

setiap minggu 3 kali X rm2 = RM6 pelaburan masa depan


so, sampai sekarang, KPI aku setiap kali pegi swim - at least 1000metres non-stop bersama 20 kali round international standard pool. best gak la,swimming ni rasa release stress2 yang terkumpul. but memang satu perkara korang kena tahu pasal swimming ni is - PELUH KORANG TAK AKAN NMPAK SEBAB SWIMMING DALAM AIR. SO, JUMLAH PELUH YANG DIKELUARKAN JUGA TIDAK DAPAT TAHU BERBANDING JOGGING & FUTSAL.  its really going to demotivate you sebabkan perkara tersebut. Tapi, JANGAN GIVE UP ya if korang betul2 nak sihat. ingat yang korang nak swimming bukan nak macam Mark Spitz, Michael Fred Phelps II or Jennifer Elisabeth Thompson ok? ok, so jom tengok camne rupa bila aku swimming..!


terdapat ramai student2 uitm beriadah...
curik2 ambil gambar sebabkan signage ini...
Buruk kan?? google dan cap wajib pakai....
Setelah penat berenang 1km - thumbs up!!

The positive things yang dapat aku kongsi dengan korang ialah aku tidak mudah mengantuk, bertenaga dan rasa rileks. my breathing pun baik. senang cerita rasa fit la. badan ringan. Korang kena ingat lepas swimming memang la orang cakap akan lapar giiiilleeeee kan??  tetapi, tahan la ya nafsu makan tu skit. makan buah-buahan atau yang ringan-ringan je. wokeh?? :)

Amalkan hidup sihat ya. Boleh makan bila-bila dan apa shaja, tetapi make sure amount yang kita makan itu adalah sama dengan amount yang kita  exercise. Balance. Seimbang.

pen off. XOXO

p/s: ok, enough pasal cerita aku. Next entry - Erti Sahabat. Tunggu ya!