Friday, January 21, 2011

Over The Sea - Seberang Laut

Salam semua,

Seberang laut? over the sea? Best kan if dapat pegi. Dapat melihat negara orang. Living outside your comfort zone for few years...hrrrmm.camne eh rase??..biar aku share sikit la about oversea ni. Ok, aku selalu gak pegi seberang, but..........pegi Padang Besaq la sebab Pak Tam (adik walid) kerja Kastam. so, slalu dulu time kechik2 walid akan bawa kitaorg masuk pekan Padang Besar but sebelah Siam punya sebab nak beli baju dan seluar untuk Hari Raya Aidil Fitri sebab kononnya lagi murah. Yup, aku pun rasa mcm tu gak kut. Murah sikit barang dia berbanding M'sia but the quality dia jgn tanya la. Sekarang ni, masa dah berubah, anak-anak Walid & Mama pun dah besar panjang, so jarang sangat la ke Padang Besar. Pergi pun at least setahun sekali untuk berbuka puasa dekat rumah Pak Tam. lagipun walid dah realize that barang-barang atau baju/seluar dekat sana tak la berkualiti sangat walaupun murah. Better beli barang yang berkualiti dan tahan lama, at the same time, puas hati. Owh, ada lagi. if pergi sana benda wajib beli dari kecik sampai besar panjang ni ialah  - MERCUN & BERAS SIAM..!! No offense ya! 
Kepada yang belum pernah sampai, ini papan tanda dia ya!
Pak Tam & Mak tam - tahun ni kirim mercun ya.... hehehe


Ok, berbalik kepada oversea. sebenarnya, aku memang pernah pegi jauh sikit la yang kena menggunakan pasport. tahun lepas, pegi Krabi Island bersama member2. Itu lah frst time ke luar negara. 
time ni dekat island ape ntah nama dia. tak ingat...

Tahun ni, ada plan gak la nak ke luar negara lagi. Planning nak pegi 1. Phuket; 2. Ho Chi Minh. 3. Japan Yang nombor 3 tu sebab my eldest sister, Kak Efi ade dekat sana dengan family dia. Akhir bulan 3 ni balik for good dah. Insyallah. Boleh la jumpa Abg Long & Kakak Zulaikha yang comel sgt2 nak cubit2. Tak boleh  pegi banyak sangat oversea. sebab tahun ini kena kumpul duit....ehem2...al-maklumlah...(dengan penuh geedikss!!! muhahahaha)

Camna if beraya di Perantauan kan??? ini family kak efi - Japan 2010.

Sebenarnya, aku nak bagitahu korang satu rahsia la. rahsia yang x ramai orang tahu. So lepas ni sesiapa yang follow blog aku ni mesti tahu. Salah satu sebab utama yang aku join PTD is sebab aku nak sambung master dekat London School of Economics & Political Science.Atau lebih dikenali dengan LSE. Memang cita-cita ini dah lama sangat aku pendam. sejak dari graduate tahun 2007 hingga sekarang. aku tidak akan mengalah. Yes, sebab tu la aku nak masuk kerja aku sekarang ni. Memang nak sambung master but tak nak dekat local uni. So, korang doa la yer aku berjaya sambung master dekat sana tajaan JPA... Insyallah if takde aral melintang, lagi 3 tahun boleh la apply...SEMANGAT!!!

Actually pemilihan tajuk ini sebab my parents and Kak Ngah akan pergi ke Japan, holiday dan jumpa Kak Efi, Abang Lan, Emmet hensem & Asya Zulaikha chuummeeell tu. Dieorg pegi 25 Jan sampai 10 Feb if x salah la. So, 25hb ni aku kene hantar mereka ke LCCT pagi jam 10. Sedihnye tak dapat nak pegi sebab - 1. confirm tak dapat cuti lama dari boss (at least 10 hari bekerja); dan yang ke-2.  EO aku kan baru transfer, so possibility aku nak dapat cuti memang tipis sebab there's no one to take up my duty. takkan nak suruh PT aku buat semua kan?? sebab tu lah, dengan tawar hati aku tak dapat join mereka.... haaiissshh!!
comel tak anak buah Pak tih? nanti balik Msia cepat sikit, Pak Tih bawak pegi Alamanda ok syg???


Aku ramai gak kawan & cousin2 yang belajar seberang laut ni. Australia, England, Russia, Mesir, Indonesia, dan Insyallah my cousin Fatin akan ke India - Manipal buat medic.dan kebanyakan yang aku kenal memang  lain sikit dari segi sikap dan penerimaan mereka terhadap perkara2. Berbanding kawan2 yang local uni. mereka lebih matang dan open. maybe sebab mereka dah melihat dunia lebih dari aku tengok Malaysia ni. lagi satu, aku memang salute dan TABIK SPRING dekat mereka ni. bangga dapat kawan & saudara mara yang pandai - pandai dan dapat tajaan untuk sambung belajar sana. Doa2 lah satu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ke sana...amin...

p/s: ape2 pun, aku masih respect semua kawan2 aku sama ada yang belajar pondok, sekolah rendah, sekolah menengah, local universiti, politeknik, atau mana-mana sahaja. PEACE NO WAR!
Happy weekend guys!! XOXO


Erti_Sahabat - Work In Progress

No comments: