Monday, October 3, 2011

Aku Kuat Kerna Kamu

Walaupun sifatku ini kadang-kadang bosan sehingga boleh membuat aku menangis. tetapi aku cekalkan hati untuk teruskan hidup. Aku ada Dia, Maha Pencipta. Aku ada keluarga, untuk melupakan rindu mendalam padamu si dia. Aku ada Si dia, walau tidak kelihatan rupanya di hadapanku,. Namun, hati tetap berkata kamulah yang aku sayang...tiada penghujungnya.  

Maafkan aku sudah lama tidak menulis. Akan ku pautkan coretan demi coretan demi kamu semua. Sekarang aku lebih fokus. Lebih tenang walau berjauhan. Lebih rindu walau tak kedengaran. Lebih sayang walau bebanan kerja yang mendatang. Aku perlu beri kekuatan demi pengorbanan cinta agung milik Pencipta.

Kepada Si Dia, aku mendoakan yang terbaik untuk kita. Tiada dapat aku rungkaikan dengan penulisan ini, walau pena dakwat semakin kering. Sama-samalah kita berdoa, agar, apa yang diusahakan menjadi kenyataan.

Silih berganti waktu, rinduku padamu semakin menebal. Tidak mungkin ku temui cinta yang lebih agung selepas cinta Ilahi Ya Karim. Tuhan, permudahkan kami, perkuatkanlah kami dengan hubungan yang diberkati.

Terima kasih cinta, kerna kamu, aku di sini. Seluruh hidupku, aku akan cinta kamu sepanjang hayat...


kamulah yang satu...


No comments: