Monday, April 25, 2011

OBESITI - Badan Cergas, Minda Cerdas

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

Hari ini nak berkongsi sikit pasal general concern di kalangan rakyat Malaysia. Perkara yang tidak harus dipandang mudah oleh masyarakat kita dewasa ini.  Korang baca tak recently  in newspapers and news whereby Menteri Kesihatan telah announced that Malaysians among the HIGHEST OBESITY rate in Asean and Asia countries. Shocking is it? Adakah disebabkan nasi lemak, teh tarik, roti canai, murtabak, satay, nasi kandar, mee goreng mamak, Char Koew Tiaw,  Ais Batu Campur, jajan atau cikedies yang menjadi makanan “asas” rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kenaikan ranking negara kita ini? Iksh2....Sepatutnya, jika kita pejam mata dan berfikir sejenak apa yang kita dah makan hari ni sahaja, mesti perut kita akan menyesal dan menangis tak sanggup menelan makanan2 berat ini. 

Nasi lemak AYam - perggh...

Teh tarik

Char koeataw


Aku juga tertarik dengan saranan dan peraturan baru MOH untuk menetapkan dan melarang Nasi Lemak dijual SETIAP HARI di kantin sekolah-sekolah rendah, serta pengharaman penjualan makanan ringan yang TIDAK LANGSUNG berFAEDAH kepada pelajar-pelajar cilik yang bakal menjadi pemimpin masa depan suatu masa nanti di dalam kawasan kompaun  sekolah. Bagi aku personally, aku sangat setuju dengan pendekatan dan peraturan baru tersebut. Memang tiba masanya Kerajaan mengambil serius berhubung pemakanan rakyatnya demi masa hadapan yang lebih cerah. Aku juga tertarik dengan perkongsian ilmu dan pengalaman Kak Efi aku serta anak-anak buah aku Si Emmet & Zulaikha di Jepun, di mana untuk kindergarten di sana, ada ditempatkan seorang dietitian untuk memantau everyday meals for them. Ini adalah untuk mengelakkan segala penyakit2 yang tidak baik akibat pemakanan anak-anak ini pada usia muda. Mungkin, sudah tiba masanya Kerajaan kita betul2 pandang ke Timur dan mempraktikkan apa yang dibuat Negara Matahari Terbit ini. Benda baik, harus diikut.

Ok, sekarang aku nak kongsi dengan korang, beberapa tips, dan maklumat camna aku nak ensure a healthy living. These tips saja ja aku nak kongsi, maybe its practicable, or maybe not, but if this can help most of you, I would be happy to share this thought. Since umor pun meningkat naik, so kena la health conscious sikit. Tak salah kan?


1. Pemakanan 

Sejak dahulu sampai laa, aku tidak pernah diet. Tapi, sejak dua menjak ni, aku control pemakanan aku. Meaning, if I had heavy breakfast, I will skip my lunch. For weekdays, memang aku control skit makan. Yela, kerja di pejabat, dengan aircond dlm bilik, byk buat deskjobs je, so possibilities untuk badan NAIK memang tinggi. Tambah, sejak tukar kerja ni, agak BANYAK la makan-makan free lepas meeting. So, i need to restrain  myself. Sorry if aku kadang2 memang sengaja tolak pelawaaan makan FREE lately, bukan tolak rezeki, tapi untuk masa depan aku. Aku tak mahu dicop sebagai muka makan free je memanjang. Plus, aku perhatikan ramai rakan-rakan sebaya aku dah mula looks like ayah anak 3, atau ibu anak 2 even sebenarnya muda trang tang-tang lagi. (No offense ya)). For makan malam, aku memang jarang makan. Selalu minum je, dgn makan roti or biscuits. Nak lagi baik, makan buah. Sekali sekala boleh la dinner.  But for weekend, aku memang jarang nak control2. Bedal serupa ja. Selalu aku takda breakfast sebab bangun lewat. Hihi....If sempat, hari Ahad petang, aku akan pegi swimming untuk buang balik apa yang telah masuk dalam perut aku sepanjang Sabtu n Ahad. Lupa lak, ini bukan untuk kurus, tapi untuk maintain apa yang aku ada sekarang ni. Syukur nikmat yang diberi Ilahi. Love your body guys!
Piramid Makanan - Amalkan ya!

2. Senaman 

Bagi aku, nak seribu daya, tak nak, you'll become fatter. Senang, kan? If korang rasa susah, memang susah la benda tu. Macam aku, if aku paling malas, I'll do sit up, push up, and Tampar lalat ( in military they called it "PT Sepuloh" ) depan TV apartment sewa aku di S.Alam. Buat la, sampai korang rasa nk muntah atau cukup membakar lemak untuk hari itu. Jadual senaman aku senang je, Isnin & Rabu petang - swimming @ uitm, (aku pernah postkan aktiviti aku di sini ) Selasa - lepas kerja Jog @ tasik Sek 7, Malam 8-10 swimming @ pool. Khamis & Jumaat, jogging. Sabtu & Ahad - rest day. Tambah lagi, now setiap pagi, selepas solat Subuh aku akan buat sit up and push up sebelum mandi and pegi kerja. Best kan? Tak perlu modal2 besar untuk menjaga kesihatan dan badan kita yang kita cintai ini. 

Kenangan di gym SKMM with Amat


3. Air Suam & Tempoh Makan Sebelum Bersenam

Air suam adalah senjata utama aku memastikan my body always hydrated and keeps myself fits all the time. Aku akan minum 2 botol air suam 1000ml sepanjang tempoh di office. For sure, lagi banyak minum, lagi kerap la pegi toilet. Takpa, itu bermakna your body dan sistem pencernaan adalah berkeadaan baik. Untuk aktiviti sebelum senaman, seperti yang aku selalu amalkan, jangan makan apa-apa 2 jam sebelum bersenam. I'll stop eating dalam kul 3 lebih camtu. Especially heavy ones. Jangan biasakan makan benda berat2, then pegi bersenam. Sebab akan bertambah la risiko untuk vomit@muntah sebab badan banyak sangat fluids. Lagi satu, mungkin korang akan rasa kurang selesa dengan makanan yang baru sahaja dimakan cos belum hadam lagi sepenuhnya. Chewaah, cakap macam Doctor lak. hihihi....

air suam untuk kesihatan


4. Latar belakang Keluarga Korang (Family History Background

Ini pun penting juga. Sebab, korang kena tahu apa possibilities korang akan jatuh sakit lebih cepat dari normal people akibat pengabaian pemakanan secara sihat. Sebagai contoh, if your family tak kira ibu, ayah, datuk atau nenek, ada Empat Penyakit Berantai iaitu - Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung - kebarangkalian korang mendapat penyakit yang sama ini juga adalah sangat tinggi jika faktor tabiat makanan di kalangan keluarga tidak diubah. Atau mungkin keluarga korang ada kolestrol tinggi due to makan makanan yang berminyak, tidak seimbang sejak sekian lama. Jadi, if korang dapat tahu pasal family korang history  sedikit sebanyak, mungkin korang boleh  cuba hidup dengan lebih sihat untuk mengelakkan perkara-perkara ini. Ini disebabkan penyakit yang aku sebut tadi adalah bersifat keturunan dari datuk ke ayah, ayah ke anak, dan seterusnya. Bukan apa, seperti yang aku cakap awal tadi, sekarang ini sakit akibat makan di kalangan rakyat Malaysia telah menular dan merebak dengan begitu cepat dan tidak boleh di kawal lagi...sabar je lah yer!
Keluarga Bahagia Bebas Penyakit...


5. Jadikan keluarga/rakan atau sesiapa sahaja sebagai role-model untuk anda HIDUP SIHAT!

Macam aku, aku dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang kebanyakannya tidak mengamalkan cara hidup sihat. Maksud aku, dari bentuk fizikal dan pergaulan seharian, kita dah boleh mengagak tahap kesihatan seseorang itu. Macam aku, ada tiga contoh. First, Shahrul Azni @ Yony sahabat aku. Ya, memang blog aku ini banyak sangat berkait rapat dengan sahabat baik aku sorang ni. Dia disahkan ada high cholesterol pada last year masa dia buat medical check up. So, dia ada rasa semacam high-tempered, rasa angin je satu badan, and tak boleh nak control his emotional feelings. But, sejak kahwin ni, Alhamdulillah, aku tgk his happy with Iekin. Rasanya Iekin dah jaga Yony sebaiknya sebagai suaminya. Be good ya bro! Kedua, rakan yang pernah ketika dahulu rapat la, but now dah membawa haluan masing-masing. Mohd Asrar. Kawan baik ini pernah mengalami sesak nafas, jantung tidak stabil, dan macam2 lagi yang aku tak berapa ingat. Dulu kami agak close time dia di S.Alam, but ever since he moved to KL, kami mcm jarang sgt catch up each other. Dia pun aku tengok dah happy dengan kawan-kawan baru dia. Good for him. Tapi dulu time aku kenal dia, dia ni suka minum teh o ais, smbil main game dkt PC, sampai tertido. For me personally, tak baik. Dia kurus, tak nampak pun tanda-tanda akan sakit. Tapi, he has been admitted few times gak la due to his heart problems. Dan yang ketiga,. Bro Radhi. My former boss dkt MCMC dulu. Dia ni aku salute spring. Pada umur 40an pun still maintain his body and fitness. Dia tak la jaga makan sangat. Tapi, I really2 look up on him. Dia ni lebih kurang sama la macam aku, tapi older version. Thanks bro for inspiring me with your healthy  living style. You will still be my idol.. So, kadang-kandang walaupun kita kurus, tak semestinya kita tak boleh sakit. Please spare your time for medical check up OK!

Ini Mohd Asrar - used-to-be close friend.
With Bro Radhi - thanks Idol...


6. Disiplin dan Right Attitude.
 Lastly, of course, Disiplin. Perkara ini, adalah atas  diri masing-masing. Bagi aku, aku bersyukur dimasukkan ke RMC, sebab aku can self-dicipline myself. Aku rasa semua kita kena ada a right attitude in order for us to have a healthier life. Ingatlah kawan-kawan, hidup kita hanya sekali. So, jangan lah selalu ada this mentality of – Aku patut makan apa yang aku suka sebab aku akan hidup sekali sahaja, dan if aku sakit, maknanya aku sakit. NOP ,that is certainly a negative thinking that we as Malaysian should aviod and stop it at all cause. Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Love our body, love our life. Live Healthy ok?
Thanks RMC for making who I am right now, Serve to Lead


p.s: - I love my body, I want to live healthy.

Tuesday, April 19, 2011

P.J.J.

Assalam & Selamat Sejahtera rakan-rakan....

Hari ini, aku ingin bercerita pasal P.J.J. Bukan Pengajian Jarak Jauh yang dipraktikkan oleh segelintir masyarakat bekerjaya yang mahu melanjutkan pelajaran Diploma, Ijazah, Sarjana, atau Ph.D ke Menara Gading. It's a 2 in 1 condition I can say. Bekerja dan belajar. Tetapi, ini adalah apa yang aku dan Si Dia alami bermula Jumaat lepas, 15 April 2011 sehingga God knows when. PJJ. PerCINTAan JARAK JAUH. Ya, kami bercinta tetapi jarak memisahkan kami berdua dari berada dekat, physically. Inilah yang dikatakan dugaanNYA. Cabaran bercinta. Aku pernah mengalami situasi sebegini, tetapi, kali ini, hati dan perasaanku tidak begitu kuat untuk menghadapi  percintaan beribu batu jauhnya dari mata kasar ini. Entah lah, aku rasa jiwa aku kosong tanpa si dia, walaupun baru beberapa hari kami berPJJ. Tetapi hati aku sudah terasa bagai tiga puluh hari. Haiisshhh.....Ya Karim, Engkau kuatkanlah hati kami dalam perhubungan kami ini. Amin Ya Rabba a'lamin...

Tetapi, kali ini aku kena berfikiran waras dan tidak terlalu mengikut emosi yang sangat rindu kapan si dia. Aku kena lebih banyak bertenang, byk berselawat, bertasbih dan berzikir. Kerana jika aku tidak kuat, si dia juga akan turut merasa begitu. Atau lebih teruk dariku. Aku perlu yakinkan si dia bahawa, jika jodoh kita bersama, lautan dalam, gunung berbukit bukau pun akan kami redah demi sebuah CINTA.

Maaf ya jika entri ini agak jiwang dari biasa. Ini adalah kerana aku seperti ingin berbicara tentang kehidupan. Asam garam. Tentang perubahan stages in life. Mungkin ramai rakan-rakan aku atau pembaca2 sekalian  pun alami situasi yang sama. Bercinta dekat di hati, tetapi tidak di mata. Tetapi, aku bersyukur punyai beberapa role model sebagai petunjuk atau guidance untuk aku berdepan situasi yang padaku, agak sukar.....

1. Of course, my bestest buddy - Shahrul Azni@Yony dan Iekin, wife dia. Shahrul sebagai armada Kapal (ship navigator) berpengkalan di Kemamang. So, lepas lebih kurang 3minggu selepas kenduri sebelah Yony, dia terpaksa meninggalkan isteri beliau utk mencari nafkah di tengah2 laut. So, sepanjang mereka berjauhan, sms dan call menjadi teman baik mereka berdua.  Tambah merumitkan lagi, Yony punya shift kerja berbeza. 6 jam kerja, 6 jam rehat. ada jugak la aku tanya both of them, and they said most of the time, sifat SABAR dan JUJUR, PERCAYA kena ada dalam diri mereka yang berjauhan. Supaya segala masalah tidak akan timbul dan dpt diselesaikan hendaknya...amin. Thanks buddy. i pray for both of you cepat dpt anak. Uncle Yus nk bawak men bola. Shikin - jaga shahrul baik2. Thanks for supporting me and si dia. Iekin pun banyak tolong kami hadapi detik-detik sukar. Thanks sis. I owed u. Big time. Pesanan - Kalau Yony ni dok mkn merapu2, belasah ja dia. Love both of u guys..!!

Aku doa korang happy always ya!


2. Siti Nurain Kamarudin. pemilik blog ini merangkap Pembantu aku di office. Dia ni bagus. Even masih muda (22 is consider young perhaps right?)  Dia selalu gak la nasihat aku tentang perkara-perkara yang akan aku tempuhi sepanjang berPJJ. sbb dia dengan En. Tunang dia dah lama berPJJ. Kadang2 mood dia ni meroyan gak la. Betul. Especially time aku cita pasal my weekend outing bersama si dia dekat Ain ni. Baru2 ni dia bagitau aku - "Ha, En. Yus, sekarang apa rasa? Sedap x? Rasa oren tak, sebab cinta jarak jauh???" Perrghhh...aku kena sebijik. Yela, dulu boleh la nk bangga2, skrang ni, aku lak sama dengan dia. Pasangan masing2 jauh nun di Pantai Timur. Tapi takpa, at least ada la somebody nak share masalah yang sama kan? Bagus gak la. So, Ain, keep up your blooming r/ship with En. Tunang. Apa-apa problems saya cari Ain ok, Master Sifu?? hehehe.....

Ain akan jaga saya ye Si Dia....

3. The only my big brother, Abang - Ahmad Safuan Zainuddin. Bersama tunangannya Kak Zeaty. Aku mengikuti perkembangan percintaan mereka saban hari, minggu, sehingga tahun lamannya. Alhamdullillah, jodoh mereka panjang. Tuhan sayangkan perhubungan mereka. Sehingga ke hari ini, masuk tahun ke -Sembilan mereka menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Adat dan lumrah Alam, sebatang jalan akan ada lompang, lubang sana sini. apa yang perlu dibuat, adalah repair those holes and upgrades the road for a better path in future. Same goes to r/ship betul x? Mereka ini aku suka jadikan sebagai contoh tanpa mereka sedari sebelum ini. It's simply because apa yang aku lihat pada mereka, kesabaran adalah SANGAT PENTING. when you are having a long distance r/ship. Even camner pun yang akan terjadi, kesabaran dan kewarasan pemikiran akal perlu ada. Bila kita berfikiran waras, all our problems will be settle calm & nicely. So, since both of them nak memulakan hidup sebagai Suami & Isteri Insyallah pada 29 April 2011 ini, I wishing both of them, congrats and God Bless both of you. Semoga berkekalan hingga akhir hayat...amin. Salute korang for extraordinary 9 years...!!

time ni belum tunang lagi, snapshot..!! hehe.
 

4. Si Dia. Yes, kamu Doktor.Ya, Kamu, kamulah insan selepas ibu bapaku, serta keluargaku yang sentiasa bertahta di hatiku. Yang aku cintai.  Yes, kamulah si dia di hatiku. Terima kasih  kamu - Si dia, kerana kamu aku kuatkan hati, minda, akal dan fikiranku, dan aku semakin banyak bersabar dan berdoa tentang kita, serta sentiasa gembira atas kurniaan Ilahi kamu di sisi. Terima kasih teman hidupku. AKu tahu perjalanan kita masih jauh, masih panjang masa yang bakal kita tempuh berjauhan. Tapi, akan tidak sekali aku jadikan ia sebagai alasan kerenggangan hubungan kita. Memang kami pun ada mendapatkan tips-tips tentang PJJ dari blog-blog serta bacaan lain. Thanks. Memang adanya betul. Yang penting, sifat ikhlas, sabar, jujur, percaya masing-masing, dan berdoa kepadaNYA bahawa hubungan yang dibina berpanjangan hingga selamanya. If semua itu ada, aku rasa tiada yang mustahil. Sentiasa update each other. Call, setiap malam if possible, smses. Kitaorang pun dah plan to meet up setiap 3 bulan sekali. if possible. Perancangan yang Insyallah boleh dilaksanakan. Cant wait for July...Insyallah...

This is us, forever & together...

p/s: missing someone badly rite now.....

Thursday, April 7, 2011

Terima Kasih Tuhan Yang Satu

Terima Kasih Tuhan - Air Asia to Alor Setar,  8:03:20 AM


Ya Rahman,
Aku mengerti, tiada insan sempurna di dunia ini,
Aku fahami, bahawa kekurangan setiap insan di muka bumi Ciptaan Mu,
Aku juga yakini, bahawa Islam ialah satu-satunya penerang hidupku yang serba samar,
Terima Kasih Tuhan....
Atas kurniaanMu yang tidak pernah aku sangsi,
Harus ku bersujud dan berdoa, agar limpahMu bertambah padaku yang serba miskin ini.

Ya Rahim,
Tiada datang selalunya senang, dan jangan lupa susahnya kehidupan,
Tetapi, jika aku beriman padaNYA yang Satu dengan penuh takwa,
Membasahkan lidah-lidahku dengan kalam NYA,
Nescaya aku, kita semua tidak akan rugi & sesal,
Kerna kelak, kita akan menemuiNYA yang SATU juga,
Sujud kalam tanda Syukur anugerahMU Ya Maha Pelindung.

Ya Munzilar Rahmat,
Terima Kasih Tuhan,
Mengurniakan aku peneman hidupku saban & kian hari, 
Pintaku Ya Latif, 
Permudah & kekalkan hubungan kami,
Sentiasalah hindari kami dari Malapetakamu,
Jangan pernah ada sifat dengki, riak dan takbur di hati kami berdua,
Biar perbezaan kami akan mengutuhkan ikatan kami hingga mati,
Kelak padaMU juga Maha Agung,
kami akan dihisab taktakala ditiup Sangkakala Penamat Hari....
Berikan kami Tuhan, KEBAHAGIAAN kedua-dua jasad dan rohani.


Ya Fatihal Barakat,
Berkatilah aku sebagai hambaMU memijak & bekerja di atas ciptaanMu ini,
Sehingga aku tiada lagi nafas dicabut Sang Izroil,
Sehingga aku  tiada lagi kudrat mengadap dunia penuh noda,
Sehingga Mungkar & Nakir dampingi dan hisab amalanku,
Untuk mengadapMu Ya Jabbar..

Amin, Ya Rabba A'lamin...

Nurkilan dari HambaMU,
- MYZ -
4 Jamadil Awal 1432H