Tuesday, April 19, 2011

P.J.J.

Assalam & Selamat Sejahtera rakan-rakan....

Hari ini, aku ingin bercerita pasal P.J.J. Bukan Pengajian Jarak Jauh yang dipraktikkan oleh segelintir masyarakat bekerjaya yang mahu melanjutkan pelajaran Diploma, Ijazah, Sarjana, atau Ph.D ke Menara Gading. It's a 2 in 1 condition I can say. Bekerja dan belajar. Tetapi, ini adalah apa yang aku dan Si Dia alami bermula Jumaat lepas, 15 April 2011 sehingga God knows when. PJJ. PerCINTAan JARAK JAUH. Ya, kami bercinta tetapi jarak memisahkan kami berdua dari berada dekat, physically. Inilah yang dikatakan dugaanNYA. Cabaran bercinta. Aku pernah mengalami situasi sebegini, tetapi, kali ini, hati dan perasaanku tidak begitu kuat untuk menghadapi  percintaan beribu batu jauhnya dari mata kasar ini. Entah lah, aku rasa jiwa aku kosong tanpa si dia, walaupun baru beberapa hari kami berPJJ. Tetapi hati aku sudah terasa bagai tiga puluh hari. Haiisshhh.....Ya Karim, Engkau kuatkanlah hati kami dalam perhubungan kami ini. Amin Ya Rabba a'lamin...

Tetapi, kali ini aku kena berfikiran waras dan tidak terlalu mengikut emosi yang sangat rindu kapan si dia. Aku kena lebih banyak bertenang, byk berselawat, bertasbih dan berzikir. Kerana jika aku tidak kuat, si dia juga akan turut merasa begitu. Atau lebih teruk dariku. Aku perlu yakinkan si dia bahawa, jika jodoh kita bersama, lautan dalam, gunung berbukit bukau pun akan kami redah demi sebuah CINTA.

Maaf ya jika entri ini agak jiwang dari biasa. Ini adalah kerana aku seperti ingin berbicara tentang kehidupan. Asam garam. Tentang perubahan stages in life. Mungkin ramai rakan-rakan aku atau pembaca2 sekalian  pun alami situasi yang sama. Bercinta dekat di hati, tetapi tidak di mata. Tetapi, aku bersyukur punyai beberapa role model sebagai petunjuk atau guidance untuk aku berdepan situasi yang padaku, agak sukar.....

1. Of course, my bestest buddy - Shahrul Azni@Yony dan Iekin, wife dia. Shahrul sebagai armada Kapal (ship navigator) berpengkalan di Kemamang. So, lepas lebih kurang 3minggu selepas kenduri sebelah Yony, dia terpaksa meninggalkan isteri beliau utk mencari nafkah di tengah2 laut. So, sepanjang mereka berjauhan, sms dan call menjadi teman baik mereka berdua.  Tambah merumitkan lagi, Yony punya shift kerja berbeza. 6 jam kerja, 6 jam rehat. ada jugak la aku tanya both of them, and they said most of the time, sifat SABAR dan JUJUR, PERCAYA kena ada dalam diri mereka yang berjauhan. Supaya segala masalah tidak akan timbul dan dpt diselesaikan hendaknya...amin. Thanks buddy. i pray for both of you cepat dpt anak. Uncle Yus nk bawak men bola. Shikin - jaga shahrul baik2. Thanks for supporting me and si dia. Iekin pun banyak tolong kami hadapi detik-detik sukar. Thanks sis. I owed u. Big time. Pesanan - Kalau Yony ni dok mkn merapu2, belasah ja dia. Love both of u guys..!!

Aku doa korang happy always ya!


2. Siti Nurain Kamarudin. pemilik blog ini merangkap Pembantu aku di office. Dia ni bagus. Even masih muda (22 is consider young perhaps right?)  Dia selalu gak la nasihat aku tentang perkara-perkara yang akan aku tempuhi sepanjang berPJJ. sbb dia dengan En. Tunang dia dah lama berPJJ. Kadang2 mood dia ni meroyan gak la. Betul. Especially time aku cita pasal my weekend outing bersama si dia dekat Ain ni. Baru2 ni dia bagitau aku - "Ha, En. Yus, sekarang apa rasa? Sedap x? Rasa oren tak, sebab cinta jarak jauh???" Perrghhh...aku kena sebijik. Yela, dulu boleh la nk bangga2, skrang ni, aku lak sama dengan dia. Pasangan masing2 jauh nun di Pantai Timur. Tapi takpa, at least ada la somebody nak share masalah yang sama kan? Bagus gak la. So, Ain, keep up your blooming r/ship with En. Tunang. Apa-apa problems saya cari Ain ok, Master Sifu?? hehehe.....

Ain akan jaga saya ye Si Dia....

3. The only my big brother, Abang - Ahmad Safuan Zainuddin. Bersama tunangannya Kak Zeaty. Aku mengikuti perkembangan percintaan mereka saban hari, minggu, sehingga tahun lamannya. Alhamdullillah, jodoh mereka panjang. Tuhan sayangkan perhubungan mereka. Sehingga ke hari ini, masuk tahun ke -Sembilan mereka menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Adat dan lumrah Alam, sebatang jalan akan ada lompang, lubang sana sini. apa yang perlu dibuat, adalah repair those holes and upgrades the road for a better path in future. Same goes to r/ship betul x? Mereka ini aku suka jadikan sebagai contoh tanpa mereka sedari sebelum ini. It's simply because apa yang aku lihat pada mereka, kesabaran adalah SANGAT PENTING. when you are having a long distance r/ship. Even camner pun yang akan terjadi, kesabaran dan kewarasan pemikiran akal perlu ada. Bila kita berfikiran waras, all our problems will be settle calm & nicely. So, since both of them nak memulakan hidup sebagai Suami & Isteri Insyallah pada 29 April 2011 ini, I wishing both of them, congrats and God Bless both of you. Semoga berkekalan hingga akhir hayat...amin. Salute korang for extraordinary 9 years...!!

time ni belum tunang lagi, snapshot..!! hehe.
 

4. Si Dia. Yes, kamu Doktor.Ya, Kamu, kamulah insan selepas ibu bapaku, serta keluargaku yang sentiasa bertahta di hatiku. Yang aku cintai.  Yes, kamulah si dia di hatiku. Terima kasih  kamu - Si dia, kerana kamu aku kuatkan hati, minda, akal dan fikiranku, dan aku semakin banyak bersabar dan berdoa tentang kita, serta sentiasa gembira atas kurniaan Ilahi kamu di sisi. Terima kasih teman hidupku. AKu tahu perjalanan kita masih jauh, masih panjang masa yang bakal kita tempuh berjauhan. Tapi, akan tidak sekali aku jadikan ia sebagai alasan kerenggangan hubungan kita. Memang kami pun ada mendapatkan tips-tips tentang PJJ dari blog-blog serta bacaan lain. Thanks. Memang adanya betul. Yang penting, sifat ikhlas, sabar, jujur, percaya masing-masing, dan berdoa kepadaNYA bahawa hubungan yang dibina berpanjangan hingga selamanya. If semua itu ada, aku rasa tiada yang mustahil. Sentiasa update each other. Call, setiap malam if possible, smses. Kitaorang pun dah plan to meet up setiap 3 bulan sekali. if possible. Perancangan yang Insyallah boleh dilaksanakan. Cant wait for July...Insyallah...

This is us, forever & together...

p/s: missing someone badly rite now.....

6 comments:

aliz said...

lurve ur statement huhuhu

_YusT_ said...

thanks sis..........

ZaNna MZakI said...

Kapan tu bukan maksud dier 'bila' ke? kenapa 'sangat rindu kapan'? hehe...

kasutmerah said...

oemmgee.. yus ke ni. hihi. patut la dua tiga menjak ni muka tak happy je. hehe. ala sabar la yus kitorang kan ada.. penceria keadaan.. kiter pun PJJ ape.. ;p

_YusT_ said...

syida - ha, yeke u PJJ? u pengajian jarak jauh...xsame...hukhuk.

yup, thanks to the three of you.

:: Mrs.SyahNia :: said...

yupp kita geng now
takmo sedey2 orait

ingt..suma ni adalah dugaan
utk mnilai sjauh mana
kekuatan hbungan cinta itu..

dan
PJJ ni adalah sementara sahaja
cpt atau lmbat pasti kamu
akan dekat semula ;)