Terima Kasih Tuhan - Air Asia to Alor Setar, 8:03:20 AM |
Ya Rahman,
Aku mengerti, tiada insan sempurna di dunia ini,
Aku fahami, bahawa kekurangan setiap insan di muka bumi Ciptaan Mu,
Aku juga yakini, bahawa Islam ialah satu-satunya penerang hidupku yang serba samar,
Terima Kasih Tuhan....
Atas kurniaanMu yang tidak pernah aku sangsi,
Harus ku bersujud dan berdoa, agar limpahMu bertambah padaku yang serba miskin ini.
Ya Rahim,
Tiada datang selalunya senang, dan jangan lupa susahnya kehidupan,
Tetapi, jika aku beriman padaNYA yang Satu dengan penuh takwa,
Membasahkan lidah-lidahku dengan kalam NYA,
Nescaya aku, kita semua tidak akan rugi & sesal,
Kerna kelak, kita akan menemuiNYA yang SATU juga,
Sujud kalam tanda Syukur anugerahMU Ya Maha Pelindung.
Ya Munzilar Rahmat,
Terima Kasih Tuhan,
Mengurniakan aku peneman hidupku saban & kian hari,
Pintaku Ya Latif,
Permudah & kekalkan hubungan kami,
Sentiasalah hindari kami dari Malapetakamu,
Jangan pernah ada sifat dengki, riak dan takbur di hati kami berdua,
Biar perbezaan kami akan mengutuhkan ikatan kami hingga mati,
Kelak padaMU juga Maha Agung,kami akan dihisab taktakala ditiup Sangkakala Penamat Hari....
Berikan kami Tuhan, KEBAHAGIAAN kedua-dua jasad dan rohani.
Ya Fatihal Barakat,
Berkatilah aku sebagai hambaMU memijak & bekerja di atas ciptaanMu ini,
Sehingga aku tiada lagi nafas dicabut Sang Izroil,
Sehingga aku tiada lagi kudrat mengadap dunia penuh noda,
Sehingga Mungkar & Nakir dampingi dan hisab amalanku,
Untuk mengadapMu Ya Jabbar..
Amin, Ya Rabba A'lamin...
Nurkilan dari HambaMU,
- MYZ -
4 Jamadil Awal 1432H
1 comment:
bersyukur diatas segala
kenikmatan yg diberikan,
alhamdulillah..
dan redha segala musibahnya
yakin kerana itu adalah tanda
kasih dan sayangnya kpd
hambanya..
Post a Comment