Monday, May 30, 2011

Nukilan Buat Abangku....

Buat Abangku Ahmad Safuan Bin Zainuddin,

Aku teringat Zaman kanak-kanak kita tatkala Walid berkhidmat di Perlis sebagai Pegawai tentera. Saat itu, kita berdua masih budak-budak, dan hidupku adalah sangat bergantung sepenuhnya pada kamu abang. Kawan-kawan sepermainanku adalah kawanmu jua, dan permainan kita adalah bersama-sama. Zaman kecil, Ya, aku sangat merindui Zaman kecil kita. Cubaan lari dari rumah pada suatu petang berbekalkan selipar jepun dan sepasang baju yang kita pakai kerana takutkan Walid akan pulang ke rumah dan merotan kita. Time tu, mama dan kakak-kakak kita tiada di rumah. Seingat aku abang, kita ada buat sesuatu yang nakal yang akan menyebabkan kita dimarahi dan dirotan Walid. Aku juga teringat Zaman mercun lalat yang kau baling di tengah-tengah padang Taman Rakyat semasa pulang dari membeli mercun di Kedai Baa, terkena leherku dan luka berdarah. Biasalah, aku memang seorang yang manja memandangkan hampir 7 tahun menjadi anak bongsu. Tatkala itu kamu sudah gabra, gelabah, dan akhirnya dimarahi mama dan walid akibat perbuatan kita yang sangat lalai itu. Lagi, permainan bola sepak menggunakan sabun ketul di dalam bilik air kita tiap kali kita ditugaskan membasuh tandas. Kamu masih ingat abang?? Aku juga tidak boleh lupa bagaimana kamu menjadi seorang abang kepadaku tanpa ku sedari. Ya, terima kasih abang, kerana kita sanggup mengumpul duit raya kita, berjalan kaki ke Alor Semadom dan membelikan sticker untuk hobi kita suatu masa dahulu. Masih ku terngiang di benak hati ini, betapa cantik sticker Dragon Ball Z yang kamu buat untuk semua itu. Dan pada ketika itu juga, aku mula sedar yang minat aku bukannya ke arah seni. Aku lebih skema dan “regimented” seperti Walid. Mindaku lebih kepada sesuatu yang abstrak, dan besar. Seperti Ekonomi. Terima kasih abang, kerana menjaga dan bermain bersama-sama, pergi sekolah SKTU sama-sama, dan main bot Daun dalam longkang depan rumah sama-sama.

Abangku Apan, 

Bermula di sekolah menengah, kita mula membawa haluan masing-masing. Kawan kamu, bukan lagi kawanku kecuali beberapa orang yang masih ku kenal hingga kini. Aku tiada kawan sepertimu di kampung halaman kita, memandangkan kehidupan aku yang lebih awal di kota metropolitan Kuala Lumpur membatasi aku untuk berhubung dengan rakan-rakan sekolah rendahku. Tambahan pula, ketika itu seingat aku hanya Walid seorang yang mempunyai telefon bimbit ARCATEL. Selepas itu bertukar ke Nokia 3210. Tiada kelibat Facebook, Twitter atau pada masa dahulu Friendster.  Betapa bangganya kita dapat main Snake dalam handphone Walid kan? Ya, aku tiba-tiba senyum sendirian. Walau bagaimanapun, tidak pernah aku lupa teguranmu kepadaku supaya membuang sifat bongkak dan sombong aku kerana dapat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh yang kononnya elit dan agak ke hadapan darimu dari semua segi termasuk pelajaran. Terima kasih abang, terima kasih abang tidak terhingga, kerana aku akan ingat nasihatmu sehingga sekarang, kerana walaupun kadang-kadang kita banyak tidak sehaluan, aku yakin segala nasihat dan teguran yang kamu lontarkan untuk memperbaiki diriku adalah ikhlas dan akan kusemat dalam hati ini sebagai adikmu. Abang, banyak juga perbezaaan kita ketika remaja hingga hujung keremajaan kita. Kau kurang bermain dan meminati bola sepak, aku pula peminat sejati atau hantu bola terutamanya Manchester United yang telah menang Liga Inggeris yang ke-19 baru-baru ini, kau bergiat aktif dengan ragbi dan basketball, aku pula terkapai-kapai mencari sukan khusus untukku kecuali olahraga dan futsal.  Aku lebih di”lanyak” dan hidup secara ketenteraan, berkepala botak dan lebih disiplin, sedangkan kau boleh membela rambut panjang ke sekolah, dan bergaya dengan basikal dan melepak bersama rakan menjelang petang. 

Abangku Ahmad Safuan,

Aku salute dengan kecekalan, sifat pantang kalah, tidak mudah mengalah kamu terutama yang melibatkan pelajaran dan akademik. Masih terngiang-ngiang cercaan dan kutukan pihak luar, tapi sepanjang aku bergelar adik kamu, rasa hormat aku kepadamu tetap tinggi. Kamu telah berjaya buktikannya Abang. Tapi aku tahu tanpa usaha, doa dan tawakal, kamu tidak akan berada seperti mana kamu berada sekarang. Kamu telah berjaya mendapat segulung Ijazah Abang. Dan berkemungkinan menyambungkan pelajaran ke peringkat Sarjana. Aku kagum abang, kerana kamu lebih hebat dariku. Sungguh hebat Kuasa Allah, oleh itu jangan kamu putus berdoa abang, dan jangan lupakan mama dan walid abang, kedua mereka. Seimbangkan rasa kasih sayang terhadap mereka dengan perbuatan dan bukannya percakapan. Aku yakin, kau akan menjadi seorang suami, walid kepada anak-anakmu kelak suatu hari. Insyallah. 

Abang, kamu sudah bergelar suami yang sah kepada cintamu setelah sembilan tahun. Aku tahu, kita pernah berkongsi detik suka duka kita bersama pasangan masing-masing. Bezanya, kamu kekal, sehingga sekarang bersama Kak Zaety, dan aku, masih mencari si Dia sehingga sekarang, Insyallah sudah menemui si Dia yang ku cari selama ini. Tahniah abang, kerana kini kau melangkah ke fasa baru dalam hidupmu bersama isteri kamu dan kakak iparku. 

Abang, maafkan segala keterlanjuran ku, perbuatan, tutur kata ku, sejak dari kecil, hingga sekarang. Kau tetap menjadi abangku yang satu, dan tiada lain. Kepada Kak Zaety, selamat datang ke keluarga Zainuddin & Rohani. Aku, Kakak-kakakku serta dua orang adikku, berserta abang ipar, menerima Kakak dengan tangan terbuka diiringi kegembiraan dan keseronokan yang tidak terhingga. Cuma, harapan aku kalian janganlah tersinggung atau terasa hati jika   Ad-Din atau cara hidup Islam sedang aku praktikkan sekarang ini. Rasa hormatku akan tetap sama, Cuma mungkin melalui pendekatan berbeza. Bukan bermotifkan politik, tetapi kita sebagai hambaNYA, patut berubah ke arah yang lebih baik.

Maafkan abang atas bebelan panjang ini. Tiba-tiba, idea untuk menulis dan membuat satu kelainan muncul dalam benak fikiran ini. Selamat melayari bahtera perkahwinan, menjadi pasangan suami isteri yang bahagia dan diberikan rahmat dan berkat Ilahi, dan selamat Pengantin Baru dari adikmu. Terimalah hadiah bersempena perkahwinan kalian yang tidak seberapa dariku ini. Nanti bolehlah aku merasa masakan kakak ipar yang lebih banyak berasaskan cili padi dalam masakannya. Okey Abang dan Kak Zaety, aku mendoakan kalian berdua berbahagia, dan dipanjangkan jodoh hingga ke Syurga....
       
Dari Adikmu ,

 SELAMAT PENGANTIN BARU SAFUAN & ZAETY

U always be my abang, Bro...

5 comments:

Nurhani said...

TERHARUNYER... DAN SGT2 LA SWEET...

_YusT_ said...

Hani : hehe.thanks. terharu ke? sangat kan? thanks..

*Miss Syahnia* said...

sungguh byk kenangan dzaman
keanak2kan dahulu yg indah
utk dicoretkn..kan?

tp rasanya lagi indah dan
seronok gelak tawa
saudari yg melalui saat itu
sendiri jika dbndingkan kami
yg sekadar membaca kenangan itu..

mesti tsenyum bangga abg
saudari jika membaca coretan
ini melihat kasih sygnya adik
pd abg nya ^__^*


slmat pngantin baru utk
en.safuan & pn zaety ;)

ash_asrah said...

waaahhhhh sir yusro dah ada blog...em em em...sir biler lg..abg dah sampai seru....sir..saya kawen nanti jangan lupe datang taw...=)

_YusT_ said...

Ain - thanks. Ya, lebih kurang macam tu lah. Sebelum kenangan ini hilang, aku abadikan di dalam blog ini antara beberapa kenangan terindah kami berdua.

Ash - Saya nnt la. saya jemput nanti ya! Ok, nnt jgn lupe jemput, Insyallah saya sampai...