Assalamualaikum dan Hai semua....
Arini aku nk bercerita sedikit pasal ADAB. Bukan perencah ADABI nasi goreng, tetapi adab. attitude. perlakuan, tingkah laku sesorang.
So, nk tanya ni.korang pernah tak jumpa gadis ke, lelaki ke, especially perempuan, yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Single.
2. Bekerjaya.
3. Cun, or better, ada rupa.Sedap mata memandang.
4. Pandai, berpendidikan.
5. Berumur. Generasi- Y.
6, Pegangan agama pun ok la.Subjektif kan semua tu?
Ok, sebenarnya, aku sangat tidak SUKA (tapi bukan benci) dengan orang terutama perempuan yang tidak ada adab sopan. Adab, adalah satu pelakuan yang mencerminkan seseorang individu tersebut. Yang paling aku pantang, ialah cara bercakap. Tolong la, u dont look good or awesome, or great when u swear. Seriously, u only will look stupid. People will look down on you to be honest.
Kenapa aku menulis pasal ADAB ini? Aku perhatikan, memang ada segelintir wanita, yang sudah bekerjaya, mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, tetapi maaf, tiada ADAB sopan apabila bergaul. Pernah tak korang berdepan dengan situasi ini?Marah orang/pekerja bawahan yang lebih dewasa atau berumur dari korang, menyumpah orang tanpa usul periksa as if u know everything, meninggikan suara tanpa sebab yang difikirkan LOGIK, serta bermacam-macam lagi perkara yang difikirkan tidak perlu dibuat dalam Masyarakat Malaysia yang demokrasi dan beradab ini. Mungkin di office tempat korang kerja, di kawasan kejiranan tempat korang tinggal, atau even worse, di dalam rumah korang. Tidak kiralah korang ni dari Melaka yang suka cakap kasar ke, atau dari Kelantan ke yang suka cakap laju dan kurang faham, or dari mana sekali pun asal korang, aku nk tegaskan TOLONG JAGA ADAB DAN PERGAULAN KORANG DENGAN ORANG LAIN. Sebab selagi orang lain itu bernama manusia, mereka juga punya Hati & Perasaan sama macam korang.
Memang betul la, tak akan Melayu hilang di dunia, tetapi memang betul juga, Wanita yang baik, adalah ditemukan untuk lelaki yang baik.Wanita Melayu terakhir, memang sukar dicari nowadays. So, cerminlah diri kita masing-masing. Kalau korang rasa korang menyumpah orang tu, guna perkataan yang tidak elok dan manis tu, depan khalayak ramai tu cool, sorry to say, I find it to be so stupid, childish, and rude.
Sorry if this entry seems to be a bit harsh. Tapi, kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kepada sesiapa sahaja yang terasa pedasnya dengan entry ini, please change yourself. This is a general posting, and were never meant for sesiapa pun. BERUBAH la selagi ada masa dan ketika.
Bagi aku, aku sungguh suka gadis Melayu yang macam dalam cerita Nur Kasih - lakonan Tiz Zaqyah.
pheewitt....Nur Kasih.. |