Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
Hari ini nak berkongsi sikit pasal general concern di kalangan rakyat Malaysia. Perkara yang tidak harus dipandang mudah oleh masyarakat kita dewasa ini. Korang baca tak recently in newspapers and news whereby Menteri Kesihatan telah announced that Malaysians among the HIGHEST OBESITY rate in Asean and Asia countries. Shocking is it? Adakah disebabkan nasi lemak, teh tarik, roti canai, murtabak, satay, nasi kandar, mee goreng mamak, Char Koew Tiaw, Ais Batu Campur, jajan atau cikedies yang menjadi makanan “asas” rakyat Malaysia yang menyumbang kepada kenaikan ranking negara kita ini? Iksh2....Sepatutnya, jika kita pejam mata dan berfikir sejenak apa yang kita dah makan hari ni sahaja, mesti perut kita akan menyesal dan menangis tak sanggup menelan makanan2 berat ini.
Nasi lemak AYam - perggh... |
Teh tarik |
Char koeataw |
Aku juga tertarik dengan saranan dan peraturan baru MOH untuk menetapkan dan melarang Nasi Lemak dijual SETIAP HARI di kantin sekolah-sekolah rendah, serta pengharaman penjualan makanan ringan yang TIDAK LANGSUNG berFAEDAH kepada pelajar-pelajar cilik yang bakal menjadi pemimpin masa depan suatu masa nanti di dalam kawasan kompaun sekolah. Bagi aku personally, aku sangat setuju dengan pendekatan dan peraturan baru tersebut. Memang tiba masanya Kerajaan mengambil serius berhubung pemakanan rakyatnya demi masa hadapan yang lebih cerah. Aku juga tertarik dengan perkongsian ilmu dan pengalaman Kak Efi aku serta anak-anak buah aku Si Emmet & Zulaikha di Jepun, di mana untuk kindergarten di sana, ada ditempatkan seorang dietitian untuk memantau everyday meals for them. Ini adalah untuk mengelakkan segala penyakit2 yang tidak baik akibat pemakanan anak-anak ini pada usia muda. Mungkin, sudah tiba masanya Kerajaan kita betul2 pandang ke Timur dan mempraktikkan apa yang dibuat Negara Matahari Terbit ini. Benda baik, harus diikut.
Ok, sekarang aku nak kongsi dengan korang, beberapa tips, dan maklumat camna aku nak ensure a healthy living. These tips saja ja aku nak kongsi, maybe its practicable, or maybe not, but if this can help most of you, I would be happy to share this thought. Since umor pun meningkat naik, so kena la health conscious sikit. Tak salah kan?
1. Pemakanan
Sejak dahulu sampai laa, aku tidak pernah diet. Tapi, sejak dua menjak ni, aku control pemakanan aku. Meaning, if I had heavy breakfast, I will skip my lunch. For weekdays, memang aku control skit makan. Yela, kerja di pejabat, dengan aircond dlm bilik, byk buat deskjobs je, so possibilities untuk badan NAIK memang tinggi. Tambah, sejak tukar kerja ni, agak BANYAK la makan-makan free lepas meeting. So, i need to restrain myself. Sorry if aku kadang2 memang sengaja tolak pelawaaan makan FREE lately, bukan tolak rezeki, tapi untuk masa depan aku. Aku tak mahu dicop sebagai muka makan free je memanjang. Plus, aku perhatikan ramai rakan-rakan sebaya aku dah mula looks like ayah anak 3, atau ibu anak 2 even sebenarnya muda trang tang-tang lagi. (No offense ya)). For makan malam, aku memang jarang makan. Selalu minum je, dgn makan roti or biscuits. Nak lagi baik, makan buah. Sekali sekala boleh la dinner. But for weekend, aku memang jarang nak control2. Bedal serupa ja. Selalu aku takda breakfast sebab bangun lewat. Hihi....If sempat, hari Ahad petang, aku akan pegi swimming untuk buang balik apa yang telah masuk dalam perut aku sepanjang Sabtu n Ahad. Lupa lak, ini bukan untuk kurus, tapi untuk maintain apa yang aku ada sekarang ni. Syukur nikmat yang diberi Ilahi. Love your body guys!
Piramid Makanan - Amalkan ya! |
2. Senaman
Bagi aku, nak seribu daya, tak nak, you'll become fatter. Senang, kan? If korang rasa susah, memang susah la benda tu. Macam aku, if aku paling malas, I'll do sit up, push up, and Tampar lalat ( in military they called it "PT Sepuloh" ) depan TV apartment sewa aku di S.Alam. Buat la, sampai korang rasa nk muntah atau cukup membakar lemak untuk hari itu. Jadual senaman aku senang je, Isnin & Rabu petang - swimming @ uitm, (aku pernah postkan aktiviti aku di sini ) Selasa - lepas kerja Jog @ tasik Sek 7, Malam 8-10 swimming @ pool. Khamis & Jumaat, jogging. Sabtu & Ahad - rest day. Tambah lagi, now setiap pagi, selepas solat Subuh aku akan buat sit up and push up sebelum mandi and pegi kerja. Best kan? Tak perlu modal2 besar untuk menjaga kesihatan dan badan kita yang kita cintai ini.
Kenangan di gym SKMM with Amat |
3. Air Suam & Tempoh Makan Sebelum Bersenam
Air suam adalah senjata utama aku memastikan my body always hydrated and keeps myself fits all the time. Aku akan minum 2 botol air suam 1000ml sepanjang tempoh di office. For sure, lagi banyak minum, lagi kerap la pegi toilet. Takpa, itu bermakna your body dan sistem pencernaan adalah berkeadaan baik. Untuk aktiviti sebelum senaman, seperti yang aku selalu amalkan, jangan makan apa-apa 2 jam sebelum bersenam. I'll stop eating dalam kul 3 lebih camtu. Especially heavy ones. Jangan biasakan makan benda berat2, then pegi bersenam. Sebab akan bertambah la risiko untuk vomit@muntah sebab badan banyak sangat fluids. Lagi satu, mungkin korang akan rasa kurang selesa dengan makanan yang baru sahaja dimakan cos belum hadam lagi sepenuhnya. Chewaah, cakap macam Doctor lak. hihihi....
air suam untuk kesihatan |
4. Latar belakang Keluarga Korang (Family History Background)
Ini pun penting juga. Sebab, korang kena tahu apa possibilities korang akan jatuh sakit lebih cepat dari normal people akibat pengabaian pemakanan secara sihat. Sebagai contoh, if your family tak kira ibu, ayah, datuk atau nenek, ada Empat Penyakit Berantai iaitu - Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung - kebarangkalian korang mendapat penyakit yang sama ini juga adalah sangat tinggi jika faktor tabiat makanan di kalangan keluarga tidak diubah. Atau mungkin keluarga korang ada kolestrol tinggi due to makan makanan yang berminyak, tidak seimbang sejak sekian lama. Jadi, if korang dapat tahu pasal family korang history sedikit sebanyak, mungkin korang boleh cuba hidup dengan lebih sihat untuk mengelakkan perkara-perkara ini. Ini disebabkan penyakit yang aku sebut tadi adalah bersifat keturunan dari datuk ke ayah, ayah ke anak, dan seterusnya. Bukan apa, seperti yang aku cakap awal tadi, sekarang ini sakit akibat makan di kalangan rakyat Malaysia telah menular dan merebak dengan begitu cepat dan tidak boleh di kawal lagi...sabar je lah yer!
Keluarga Bahagia Bebas Penyakit... |
5. Jadikan keluarga/rakan atau sesiapa sahaja sebagai role-model untuk anda HIDUP SIHAT!
Macam aku, aku dikelilingi ahli keluarga dan rakan-rakan yang kebanyakannya tidak mengamalkan cara hidup sihat. Maksud aku, dari bentuk fizikal dan pergaulan seharian, kita dah boleh mengagak tahap kesihatan seseorang itu. Macam aku, ada tiga contoh. First, Shahrul Azni @ Yony sahabat aku. Ya, memang blog aku ini banyak sangat berkait rapat dengan sahabat baik aku sorang ni. Dia disahkan ada high cholesterol pada last year masa dia buat medical check up. So, dia ada rasa semacam high-tempered, rasa angin je satu badan, and tak boleh nak control his emotional feelings. But, sejak kahwin ni, Alhamdulillah, aku tgk his happy with Iekin. Rasanya Iekin dah jaga Yony sebaiknya sebagai suaminya. Be good ya bro! Kedua, rakan yang pernah ketika dahulu rapat la, but now dah membawa haluan masing-masing. Mohd Asrar. Kawan baik ini pernah mengalami sesak nafas, jantung tidak stabil, dan macam2 lagi yang aku tak berapa ingat. Dulu kami agak close time dia di S.Alam, but ever since he moved to KL, kami mcm jarang sgt catch up each other. Dia pun aku tengok dah happy dengan kawan-kawan baru dia. Good for him. Tapi dulu time aku kenal dia, dia ni suka minum teh o ais, smbil main game dkt PC, sampai tertido. For me personally, tak baik. Dia kurus, tak nampak pun tanda-tanda akan sakit. Tapi, he has been admitted few times gak la due to his heart problems. Dan yang ketiga,. Bro Radhi. My former boss dkt MCMC dulu. Dia ni aku salute spring. Pada umur 40an pun still maintain his body and fitness. Dia tak la jaga makan sangat. Tapi, I really2 look up on him. Dia ni lebih kurang sama la macam aku, tapi older version. Thanks bro for inspiring me with your healthy living style. You will still be my idol.. So, kadang-kandang walaupun kita kurus, tak semestinya kita tak boleh sakit. Please spare your time for medical check up OK!
Ini Mohd Asrar - used-to-be close friend. |
With Bro Radhi - thanks Idol... |
6. Disiplin dan Right Attitude.
Lastly, of course, Disiplin. Perkara ini, adalah atas diri masing-masing. Bagi aku, aku bersyukur dimasukkan ke RMC, sebab aku can self-dicipline myself. Aku rasa semua kita kena ada a right attitude in order for us to have a healthier life. Ingatlah kawan-kawan, hidup kita hanya sekali. So, jangan lah selalu ada this mentality of – Aku patut makan apa yang aku suka sebab aku akan hidup sekali sahaja, dan if aku sakit, maknanya aku sakit. NOP ,that is certainly a negative thinking that we as Malaysian should aviod and stop it at all cause. Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita. Love our body, love our life. Live Healthy ok?
Thanks RMC for making who I am right now, Serve to Lead |
p.s: - I love my body, I want to live healthy.
5 comments:
tips2 yang sgt2 berguna...
thanks honey....
NO Cheese Nan ;O
hehe. camno tu takleh mkn cheese naan dah ke.. alamak..
Syahnia & Syida
masih boleh bercheese naan, jgn risau....hehe.
Post a Comment