Thursday, March 3, 2011

Jika Kau Kejar Dunia....




Jika, 
Diberikan masa untuk kau kejar dunia, 
pasti tiada lagi sifat kemanusiaan terbit dari luhur hati kamu,
Membanting tulang kala subuh nan senja,
Demi menggapai jutaan kekayaan milik orang,
Tanpa kau sedar, impian mudamu punah dimakan dunia yang sementara.

Jika,
Kau kejar dunia,
Impian menggunung yang pernah kau zahirkan dahulu, 
hanya tinggal debu melayang ke udara, 
dihembus hilang begitu saja,
Dunia buatmu gelap menyuluh erti kebahagiaan hakiki,
Suluh kala jatuh, malap rebah ke bumi.

Jika,
Dunia ini bagai taksub bagimu mencari kekayaan,
Jika kau dambakan dunia melebihi segalanya,
Tiada lagi kemanisan keimbangan erti kehidupan,
Ingatlah bahawa kain putih hanya bisa menjadi peneman,
Taktala nyawamu sudah dijempt Sangkakala,
Jika masih menAgungkan Dunia...

Untuk peringatan semua kita insan bernama manusia.....

Nurkilan ikhlas,
Mohammad Yusro
04 Mac 2011

3 comments:

Anonymous said...

folo & BW..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^_^)

p/s:tq coz remind..kita mmg mudah ALPA!

_YusT_ said...

thanks... ok i follow your blog ok?

:: Mrs.SyahNia :: said...

wahwahhhh..
ikhlas dr isi ati ni ;)
*muhasbh diri*