Wednesday, January 26, 2011

Memasuki Alam Pekerjaan

Hye peeps,

Kerja? harini nak berkongsi pasal pengalaman kerja aku sejak meninggalkan alam universiti pada April 2007.

1. Julai - November 2007

Alhamdulillah, berkat hasil struggled mase degree di UiTM Arau & Shah Alam, hasilnya result Degree aku boleh dikatakan baik dan memuaskan. Dengan tiga semester Dean List, aku telah dipanggil oleh UiTM Kampus Kedah yang terletak di Merbok (berdekatan Bandar Sg. Petani) atas recommendation by my Ketua Program ketika itu, Cik Hajah Siti Badariah. Thanks Cik Siti. Tiga orang kami, aku, Idham, dan Aida - ex BM230 graduates, telah menjalani saringan di mana kitaorg dikehendaki membuat mock teaching di hadapan Ketua Unit Ekonomi dan Timbalan Pengarah Kampus, Prof. Madya Zubaidah & Dr Mahadir. Ketiga-tiga kami berjaya lulus dengan cemerlang dan bermulalah tugas kami sebagai Tutor atau Pensyarah Sambilan (Tetap) seperti yang ditulis di belakang kad Matrik Pensyarah UiTM aku.
Aku telah diamanatkan untuk mengajar subjek Principles of Micro & Macro economics to 5 classes - Diploma Public Admin (3 classes), Bachelor of  Administrative Science Part 1 - satu kelas dan  Diploma in Accounting Part 2 students - satu kelas. Basically, mengajar prinsip-prinsip asas makro & mikro ekonomi. Tak tahu lah,tapi memang aku suka sgt ekonomi ni. Padahal time SPM amik science stream. Berbalik kepada UiTM. So, having 5 classes in one semester has given me much headache since all of them aged almost same as me. Teenagers. Rebellious. Jiwa Remaja. Sama la time aku muda-muda dulu. cuma, aku tidak ada pengalaman menjadi pelajar Diploma.

Jadi, Aku teruskan jua perjuangan menjadi pensyarah muda ini. pelbagai pengalaman dan pahit manis telah aku alami sepanjang 5 bulan menjadi pendidik. Seronok, fun, challenging, belajar banyak perkara baru. and most important, aku merasa bagaimana nak menanda kertas exam final students. dan memberi carrier marks. Menarik la. Walaupun aku berkebolehan untuk mengajar,  but my passion to be in the education field and become a full time lecturer is not as strong my energetic characters shown while teaching my students . So, alhamdulillah, aku berjaya menghabiskan Satu Semester di UiTM Merbok, Kedah.Dan alhamdulillah juga, aku telah berjaya mendapat kerja di SKMM @ MCMC bermula 01 Disember 2007.......

Bersama students BAS sempena majlis berbuka puasa. Muda kan lecturer mereka?

2.Disember 2007 - Mac 2010 

Aku telah menerima panggilan telefon dari Suruhanjaya Komunikasi dan Malaysia atau MCMC ( Malaysian Communications dan Multimedia Commission) dalam bulan 8 tahun 2007. Mase tu Reen dari HR Department call dan suruh datang interview di MCMC, Cyberjaya bulan 9 kut if xsalah. Dia cakap MCMC dapat resume aku apply for Assistant Director in any fields related to my course from Jobstreet.com. Baru aku teringt nurulashikin, kawan stdy same2 uitm tu yang tolong antarkan time kitorng habis degree dulu. So, aku pun pegi la. Aku diinterview oleh Pak Halim - my Head of Department. Of course, mase tu aku tak tahu pun Enforcement Department tu ape bende. Takpe la, alhamdulillah, interview went well, dan aku berjaya join SKMM pada 3 Disember 2007 sebagai Assistant Director in Enforcement Department. Wahh, kerja aku ni sangat best. Sort of becoming an investigating officer (IO) untuk kes-les kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM ' 98). Kena jadi lawyer pun ade sebab kena plak baca undang-undang. Nevertheless, aku mempunyai bos yang sangat baik. Abdul Halim Ahamd a.k.a Pak Halim. Dia ni memang terbaaaiiikkk...!!! aku memang salute dan respect him. Bekas ASP Polis Bukit Aman, dengan background law,memang byak la pengalaman dia dicurahkan dekat aku. Thanks Pak Halim. Sekali Lagi.

Kenangan di Pantai Cahaya Bulan - Kota Bahru with Pak Halim

on my last day in SKMM...thanks Pak Halim, thank you everyone.



Sepanjang hampir 2 tahun 3 bulan aku berkhidmat di SKMM, terlalu banyak perkara aku pelajari terutamanya tentang - KERJA. Aku punyai ramai rakan-rakan dan teman dari segenap lapisan umur, bangsa, perwatakan, tua, muda, Dato'2, bosses, driver2, makcik cleaner dan lain-lain. Mereka ini telah banyak mematangkan aku dan mengajar erti kehidupan yang sebenar. Aku juga berkesempatan untuk travel seluruh Malaysia time di SKMM. Ya, alhamdulillah, kesemua 14 negeri dalam Malaysia telah aku jejaki dari Pulau Sipadan di Sabah hinggalah Chuping di Perlis. Memang seronok sangat mendapat teman-teman seperjuangan - fatirah, Syuk, Liza Eno, Amee, Sya, Izami P5 yg sporting, Yuzani, Krol, elly, kiki,Mas, Kak ratna & Nuzul, Kak Noami, Adzahar, rozani, an ramai lagi lah... Dan tak lupa, my bestest buddy there (ade ke ???) Amat Ariffin Samsudin a.k.a si jejaka jalanan. Tak boleh dah pergi gym, solat jemaah & jogging dan travel bersama-sama. Aku doakan korang maintain cute & hensem dan kerja baik2 ya di SKMM. Jom tgk pics2 time dekat sana!

Acafella's SKMM - Live dekat RTM & TV9

Enforcement buddies - friendship never ends
with Devi and Amat - Banjaran Crocker
Menakluk Gunung Kinabalu buat kali kedua bersama rakan SKMM

Kenangan di SKMM akan aku semai dan abadikan di dalam blog ini. sekali lagi, terima kasih semua, yang mengenali diri ini sepanjang di SKMM. The only thing that I dont like about MCMC, is my immediate bos. dia ni mmg spoiler to our department. seriously. Due to that, masuk je tahun ke-2 aku di sana, aku mencari lubang2 pekerjaan baru walaupun keadaan persekitaran dan rakan-rakan sangat best.!! Secara jujur, mmg aku takde respect langsung pada dia. not even myself, but my colleagues as well. ramai la yang ada masalah dengan dia. ini semua disebabkan attitude dia. sgt teruk~!!! even Pak Halim pun tak tahu nak buat ape dah dgn my immediate boss ni. Alhamdulillah, aku telah mendapat kerja baru menjadi pegawai Kerajaan - PTD. 

Hari terakhir di SKMM..

3. April 2010 - sekarang

Pegawai Tadbir dan Diplomatik. PTD. Itulah pekerjaan aku sekarang. atau lebih tepat, pegawai kerajaan. Alhamdullillah, aku berjaya melalui 3 peringkat ujian & temuduga untuk bergelar PTD ini. Secara jujurnya, memang susah interview and test dia. Dan pada mulanya aku tidak yakin bahawa aku akan berjaya masuk kerana berdasarkan pengalaman rakan2, memang susah dan diakui hanya yang bernasib baik dan study akan pass the exam dgn cemerlang. Semua interview dan assessment aku bertempat di Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekali lagi. Sekarang, aku ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri atau UPEN Selangor, bertempat di Shah Alam. Pada mulanya, jawatan PTD aku adalah secara kontrak 2 tahun. Tetapi, alhamdulillah, Dato' Seri KPPA telah dengan murah hati meng'convert' our scheme to lantikan Tetap. So, skrang ini aku kena tunggu pergi Diploma Pentadbiran Awam dulu selama 7 bulan dan jika lulus, baru aku akan disahkan jawatan. Dan boleh bwk keluar KWSP utk beli rumah. hehehe.... byk gak la KWSP. Dan semestinya, boleh la merasa pencen seperti Suhaina my ex-EO.

di sini aku ditempatkan - 1st posting as PTD


Kerja aku betul2 menggunakan kepakaran aku dalam bidang ekonomi. Meaning, apa yang aku belajar back in university life, akan dipraktikkan untuk kerja sekarang. Itu yang menyebabkan aku sangat sukakan kerja aku sekarang. Thank you Allah.

Disini juga, aku didedahkan dengan pelbagai perkara dan tatacara baru yang melibatkan pelbagai pekeliling. macam2. Protokol, cara menulis surat, cara bercakap, seniority, Memo ni, memo tu. Penggunaan email di tempat aku skrang kurang meluas. tak mcam dulu di mcmc.
Rakan2 seperjuangan ptd batch aku adalah seramai lebih kurang 450 pegawai Siri 7 Lantikan 1/2010. Ditempatkan di pelbagai Kementerian, jabatan, agensi dan pejabat setiausaha kerajaan negeri. So, ramai la kawan2 aku di seluruh negeri. Senang la nanti nak deal dgn jabatan kerajaan.

So far, banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari. terlalu banyak yang tidak aku ketahui. so, tidak banyak yang boleh aku ungkapkan buat masa sekarang ini. Insyallah aku ade lagi 32 tahun untuk service dalam Kerajaan ni. Doakan yang terbaik ya! dan if ade tips2 berjaya, please share with me...

Induction PTD batch 1/2010

Seminar Kecemerlangan Modal Insan 2010  


Santai Aidilfitri 2010 - batch aku organize
bersama seniors & batch rmc. race to top shall we?

Love u guys....XOXO

p/s: entry ini memerlukan 2 hari untuk mengarang....

5 comments:

Anonymous said...

a bit offended kot kat paragraph pasal x boss tu..kang x pasal2 org lain semua terkena . .

Adeep said...

aku suke entri nih :D

Anonymous said...

words of wisdom to your x friend at skmm do the wrong thing and abuse the position given they are know being hunt one by one from near and far away because if you take advantage of the people in a most lame, dishonor, lack of respect, rude and just to get your job done within that period in a filthy way, you know your gonna pay...

Anonymous said...

johan ikraaaamm al tabligh

Ayu Rashid said...

Hai.. baca blog ni teringat zaman kak ayu carik kerja masa baru lepas grad..